Rabu, 28 November 2012

Busy Day Ever.... ya la tu hihhih


Salam sejahtera semua. Hari ni nak bebel sikit je.... Nak ucap Hi!, Hello!, Assalamualaikum kat semua je sebab bizi ya amat. Hehheheh ni pung curi masa sikit. Insyaallah esok-esok kita ketemu lagi kay. Pagi tadi cik tenet tenat sikit tak dapat masuk. Petang bila kebizian bertambah elok pulak dia. Anyway.... Have a blissful day kay :)


Sebelum tu meh kita layan ni dulu....




Selasa, 27 November 2012

Kari Udang Marvelous 2 Puteri... Sesedap nama hihihi


Tu hari tengok kat pasar udang harimau aummmm murah je dijualnya. Apa lagi terus je la capai 1/2 kg. Kat kepala ni dah dok mikir-mikir dah nak masak apa agaknya udang ni... Masak sambal (hihihi mentang-mentang le perasan pakar), bakar, lemak atau ??? Sulit..Sulit nak pilih resepinya le pulak.


Dalam dok pikir tu tetiba pulak Mr Hb cakap yang dia nak makan Kari Udang. Hok aloh... Baru je mengkari ikan dah nak udang pulak??? Bulan ni dah berapa kali masak kari dah... Isk. Tapi kalau dah minta selalu tu kiranya sedap le tu hehehh. Payah Mr Hb minta kalau tak sedap hihihi.


Saya pun ok je la. Nak buat camner dah cik laling minta buat je la. Lagi pun saya jenis tak kisah janji sedap udah hihih. Terpuji diri lagi nampakkkk hahahahha.


This time saya mengkarikan cik udang tu pun ikut style Kari Kepala Ikan2 Puteri Special Oppa Mamak Style yang saya ingat tak ingat tu hahah. Kan per maleh ah nak cari buku yang saya salin resepi tu. So ikut step yang agak-agak ingat udah le kot hihih. Memang itu le kelemahan saya, ada resepi tapi suka maleh nak ikut. Tu camno???


Untuk Halba Campur, sekarang ni saya dah tak guna yang beli siap tu. Ikut nasihat sis Shiela, Spice Journey kita untuk buat sendiri. Takat campur Halba, Biji Sawi ngan Jintan Putih tu idak le susah mana pun. Main hagak je pun mana nak lebih mana nak kurang, tapi yang sure hasilnya ok lahhh tak der le teruk sangat.



Untuk penyedap kari si Serbuk Beras Sangai pun saya buat gak. Lepas sangai, apa lagi kerah le tenaga anak-anak dare kat umah ni. Tu pun pesan berkali-kali, tumbuk perlahan-lahan, hati-hati, tangan jangan masuk dalam ibu lesung tu ecetra.. ecetra... Jadi ibu ni kalau tak pesan banyak tak sah kata orang hahah. Nasib le sapa jadi anak saya hahah.


Tapi dek kerana terlebih nak bagi sedap, kali ni saya tambah pulak Buah Keras dan Biji Poppy dalam kari tu. Baru le ada lemak-lemak syahdunya bila ada kedua ramuan tambahan tu. Yang gegatal beli biji poppy tu masa orang dok sibuk kata Kari Mamak kat restoran tu ada letak Biji Poppy. Dek kerana nak tahu sangat apa jadi bila ada bahan tu terus saya beli masa ke Tesco tu hari. Tapi tah le pada tekak saya sama je ada Biji Poppy ni ke tidak. Hahah tekak antara bangsa ni dah imiun dengan segala macam bahan dah. Yang ni pun ditugaskan pada anak dare dua orang ni tumbuk hingga halus. Memang puji le hasil diarang.... Halus je. Kot saya pun tak dapat camnih.


Hasil kari ni memang kawww. Sedap je. Buat pulak pekat. Memang masyuk ar. Sedar tak sedar udang tu kononnya nak simpan sampai malam tak dapat. Tinggal sikit je. Baik tak payah iye dak.... Habiskan je la. Kuahnya pulak simpan untuk makan malam bersama roti. Cukuplah diet sikit dah siang makan kaw-kaw. How I wish ada Pulut Kuning.... Perghhhhhh. Cik Laling... Jom cari udang lagi!!!


KARI UDANG MARVELOUS 2 PUTERI

By: Asamgaram2puteri.blogspot
Gambar: time2masak

Bahan-bahan
  • 1kg udang - agak-agak je hihi
  • 50g rempah kari ikan/rempah kari udang - yang ni special untuk makanan laut seperti udang, sotong
  • 3 sudu besar Cili Boh Asli 2 Puteri
  • 1 biji bawang besar
  • 5-6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia - mayang halus panjang
  • Sedikit kacang panjang - potong 1 inci panjang
  • 100ml santan - nak best yang fresh yer
  • 1 sudu besar halba campur 
  • 1 sudu besar serbuk beras sangai 
  • Tomato - belah 4. Kalau tomato tu kecik belah 2 je
  • Daun kari
  • Minyak 
  • Garam dan Gula
  • Segenggam asam jawa - kalau guna pes, agak-agak le kemasamannya yer
  • Air secukupnya

Caranya:
 
1. Tumis halia,bawang merah, bawang besar dan bawang putih.

2. Masukkan juga halba campur. Tumis hingga bawang jadi keperangan.

3. Bawang dah perang baru masukkan rempah kari yang dibancuh dengan Cili Boh Asli 2 Puteri ditambah sedikit air bagi jadi pes sebab Cili Boh Asli 2 Puteri pekat. Kang susah nak jadikan pes pulak. Jangan lupa daun karinya sama yer. Masak rempah atas api kecil hingga jadi garing dan naik bau. Pastikan api tu slow je bagi dia pelan-pelan masak sampai garing. Nak best masukkan sikit garam dulu untuk garingkan rempah tu. Garam membantu rempah jadi garing dengan lebih cantik. Gaul sesekali jangan bagi rempah hangit yer. Nak lebih syok, tutup periuk tu. Kang masa nak gaul buka akan terbau semerbaknya hasil tumisan. Kang Cik Hb terbau harus dia tegur kata wangi. Tu le petua saya bagi Mr Hb perasan yang kita masak sedap heheheh. Syhhhh jangan cita kat dia yer ;)


4. Bila rempah dah garing, masukkan serbuk beras sangai tadi. Nak tahu rempah tu garing ke tidak boleh tengok pada pes tu yang dah makin kering. Keluarnya minyak yang kita tuang masa tumis tadi dan baunya yang semerbak. Kalau tutup periuk, bila sesekali bukak nak kacau... Perghhhh masyukkk je baunya macam saya cakap tadi ;) Kacau sebentar.

5. Masukkan air asam jawa ikut sukatan yang disukai yer yang dibancuh dalam santan. Nak cerita banyak mana asam tu pun tak reti sebab masing-masing punya citarasa kan hihih. Sebab asam jawa dicampur dalam santan tu saya tak sure sangat tapi sebab nak kasi kick lagi kot hihihi. Allahyarhamah nenek suka buat camni.


6. Bila dah baik punya menggelegak, masukkan udang, sedikit gula dan garam secukup rasa. Masa ni turn api bagi kuat sikit yer. Sebabnya kang udang tu keras pulak kalau masak lama. Gula tu nak bagi naik sikit rasa manis udang tu. Baru terangkat beb ;)


7. Masukkan sama serentak dengan udang, kacang panjang yang dipotong pendek 1 inci. Kalau rajin setiap satu potong lagi dua agak-agak 1/2 inci. Maksudnya tak putus le.

8. Bila udang masak, masa ni kecikkan api semula dan renehkan dalam kira-kira 3 minit. Tujuannya nak bagi kari kita cantik bila terbit minyaknya. Baru cun mata yang memandang :) Tapi make sure jangan lama, kang tak sedap kalau udang tu keras ya.

9. Last sekali baru masukkan tomato. Gaul-gaulkan jab. Tutup api.


** Rempah kari guna yang fresh yer. Maksud saya yang baru bukak plastiknya. Jangan guna yang dah lama terbuka plastiknya walau belum tamat tempoh. Jadi cara terbaik kalau ada baki rempah, ikat dan simpan dalam peti sejuk.

** Garam masukkan kali pertama masa tumis rempah tujuannya bantu bagi rempah tak hangit. Boleh juga masukkan bawang kisar dalam pes nih.

** Ingat yer, api masa tumis kecik je. Tapi kena kacau selalu gak takut hangit rempah nanti. Lepas masukkan ikan besarkan sikit. Bila perhatikan yang ikan tu dah masak, baru kecikkan balik. Biarkan merenih dalam 5 minit lagi.

**Kalau tak nak guna kacang panjang, boleh tukar dengan nenas yang potong kecik-kecik ikut suka macam mana bentuknya.Tak pun lain-lain sayuran seperti buah belimbing buluh atau timun. Apa pun semua tu bagi kelaian pada kari kita. Nenas rasa lain, belimbing buluh rasa lain. Try semua baru tahu :)


Ok... Selamat Memasak semua :)


Ahad, 25 November 2012

Durian Crepe Punya Angkara


Alahai... Dalam beberapa bulan ni Durian Crepe memang membuat angkara. Sana sini berbicara tentang Queen of the Year nih. Siap ada yang gaduh-gaduh dan terasa hati kerananya. Tapi banyak gak yang puas hati sebab berjaya merasa keenakan Durian Crepe nih dan yang dapat tambah rezeki melaluinya.

Pandai kan sis Siti Hafizah buat... Mana le tak terlior

Saya mulanya setakat tengok gitu je Durian Crepe nih. Kalau tak salah dalam bulan 9 kot. Duduk kampung ni memang le lambat sikit terkena dengan fenomena si Durian Crepe yang melanda negara.


Tapi masuk bulan 10... Hisss makin hebat orang perkatakan tentang Durian Crepe nih. Sana sini tayang gambar Durian Crepe hasilan diarang. Dan.... Sana sini pakat-pakat minta jasa baik pada yang pernah mencubanya untuk dapatkan resepi. Hihihii saya antara orang-orang itu hahah.


Yer la nak belajar tak mampu, tambah-tambah bila ada yang cerita nak masuk kelas kena ada 3-4 angka. Huisss.... Pada macam tu baik akak simpan modal untuk beli mesin sealer baru hahha. Mesin sealer saya yang kecik tu je tapi besar jasanya. Tapi dah masuk Tesco ngan Mydin ni harap sangat dapat mesin sealer yang siap dengan date. Idak le kena tampal date macam sekarang..


Hihihihi dah masuk cerita lain pulak. Amboi pantang sembang, banyak je topik yang dikait-kaitkan. Makin rancak sembang kang kerja tak siap baru tahu.


Ada yang cerita kulit Crepe tu guna satu tepung. Ada pulak yang kata guna 5 jenis tepung dan ada gak yang cakap 10 jenis tepung lagi sedap. Tapi resepinya... Tak dapat juga lagi. Hihihi tak per Insyaallah kot ada rezeki ada lah betul tak???


Alhamdulillah sejak akhir bulan 10 dah ramai yang sudi beri resepi dengan ikhlasnya. Mulanya takat satu jenis tepung je yang saya dapat. Lepas tu sekarang dapat lak yang guna 5 jenis tepung. Syukur Alhamdulillah. Tapi kena rajin test le mana yang sedap untuk dicuba baru boleh konfirmkan kat sini yer dak hihi.


Dalam 3 minggu ni keinginan nak cuba Durian Crepe ni makin membuak-buak dalam diri. Sebabnya ramai yang memuji keenakan si Durian Crepe. Yang rajin dan creatif siap buat versi lain lagi, Blueberry Crepe, Mango Crepe dan lelain. Isk... Makin menjejeh air lior teman hahahha.

D'Dapur Surian ni creatifkan???? Tu yang tambah keinginan nak cuba

Bila ke pasaraya terus pergi ke bahagian Cold untuk cari Whipped Cream. Dalam resepi kena guna Non Diary Whipped Cream. Tapi tu ler dek kerana tak pernah bermain dengan apa-apa jenis Whipped Cream atau yang seangkatan dengannya tangan ni dah tersalah capai. 2 kali pergi dua-dua kali salah capai. Yang dicapai Whipped Cream biasa. Yang diperluakan Non-Diary Whipped Cream atau Fresh Cream. Hokaloh... Ni ada dua dalam peti sejuk ni nak buat apa pulak???? Pening tul la.

Kena make sure nan-diary, so tengok kotak Gold Label bukan Anchor tu



Bila balik belek balik resepi baru tahu susah nak dapat kat pasaraya, kena cari kat kedai buat kek. Aloya... Apsal le tak sabo sangat dulu. Kan dah rugi. Allah kot ada rezeki kena gak grap satu untuk cuba buat. Nak beli bukan senang nak dapat. Kampung, sapa le nak berjualan kuih-kuih canggih camnih. Takat crepe biasa cicah kari tu adalah hihih.


Tapi terpikir gak, nanti kalau nak buat boleh ke? Dah le tak biasa putar fresh cream kang salah putar naya. Katanya kalau terlebih putar leh jadi cair balik. Pastu tak leh pakai dah. Huh camner ek??? Dah le kalau beli kang putar guna tangan je. Mesin mana le nak ada kat umah ni... Risau tul. Tapi keinginan ni dah makin kuat terasa nak cuba. Pening-pening. Pakai blender boleh ker???? Isk isk isk.... Dilema.. Dilema...


Sabtu, 24 November 2012

Doa Qunut Nazilah buat yang teraniaya


Seperti dikisahkan dalam Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW pernah melakukan qunut selama satu bulan untuk mendoakan pembunuh-pembunuh para sahabatnya di dalam peristiwa Bir Al-Ma'unah.

Begitu juga dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

قنت رسول الله صلى الله عليه و سلم شهرا متتابعا في الظهر والعصر والمغرب والعشاء وصلاة الصبح في دبر كل صلاة إذا قال " سمع الله لمن حمده " من الركعة الآخرة يدعو على أحياء من بني سليم على رعل وذكوان وعصية ويؤمن من خلفه .
(Sunan Abu Daud)

Terjemahan :
Rasulullah S.A.W. melakukan qunut satu bulan berturut-turut pada solat Zhuhur, Ashar, Maghrib, ‘Isya dan Subuh di akhir setiap solat, yakni apabila baginda telah membaca “Sami’allaahu liman hamidah” dari raka’at terakhir, baginda S.A.W. mendo’akan kecelakaan atas mereka, satu kabilah dari Bani Sulaim, Ri’il, Zakwan dan Ushayyah sedangkan orang-orang yang di belakang beliau mengaminkannya.

 

ERTI DOA QUNUT NAZILAH

Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

 

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal, iaitu selepas membaca “Sami’allaahu liman hamidah”.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah.

 

Peringatan:
• Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.
• Imam hendaklah meberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka mengaminkan bersama doa tersebut.
• Jika solat secara bersendirian juga boleh dibaca doa qunut nazilah. Dalam masalah ini ulama’ berselisih pendapat dan pendapat yang paling rajih (disepakati) adalah dibolehkan.

 

Marilah kita sama-sama bacakan doa ini khusus untuk saudara-saudara kita di Syria dan amnya kepada kaum muslimin dimana saja berada.


DOA QUNUT NAZILAH

Lafadz doa qunut adalah bebas.  Tiada lafaz khusus.  Terpulang bagaimana hendak dipanjatkan doa itu kepada ALLAH, asal sahaja meminta bantuan ALLAH agar kezaliman kepada ummat ISLAM dihentikan.

Antara lafaz doanya yang saya ambil dari laman Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM)

QUNUT NAZILAH




Maksudnya: 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur.


Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.


Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”



atau boleh juga rujuk yang ini



QUNUT NAZILAH

Qunut nazilah adalah suatu hal yang disyariatkan dan amat disunnahkan ketika terjadi musibah dan kezaliman. Sunnah qunut nazilah ini merupakan pendapat para ulama dari madzhab Hanafiyyah, Malikiyyah, Syafi'iyyah, Hanbaliyyah dan lain-lainnya.

Imam Syafi'i rahimahullah berkata: "Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca qunut nazilah pada seluruh shalat wajib." (Syarhus Sunnah karya Al-Baghawi 2/279).

Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata: "Apabila turun bencana kepada kaum muslimin, hendaknya imam melakukan qunut dan diaminkan oleh orang yang dibelakangnya." (Al-Mughni 1/450).

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata: "Di kalangan ulama ada tiga pendapat tentang qunut. Yang paling benar dari tiga pendapat tersebut, qunut disunnahkan ketika ada keperluan.،¨ (Taudhih Al-Ahkam).

Pendapat-pendapat diatas tentunya berlandaskan hadis-hadis yang sahih mutawatir seperti hadits Anas bin Malik radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim yang menjelaskan pelaksanaan qunut nazilah oleh Rasulullahu saw selama sebulan pada peristiwa pembunuhan 60 shahabat penghafal Al-Quran, juga hadis Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim.


"Ya Allah ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat,
Ya Allah jinakkan, satu padukan hati orang-orang muslimin,
Perbaikilah keadaan mereka,
Tolonglah kaum muslimin utuk melawan musuh-musuh-Mu, dan musuh-musuh mereka
Ya Allah, laknatlah orang-orang kafir yang mendustakan para RasulMu dan membunuh para kekasih-Mu,
Ya Allah cerai-beraikan kesatuan kata mereka,
Hancur leburkan kekuatan mereka,
Dan turunkanlah bencana-Mu yang tiada tertolak lagi untuk orang-orang yang penuh dengan dosa
Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang,
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan kepadaMu"


Bacaan qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri. Qunut nazilah قنوت نازيله merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca mengikut Mazhab Syafii selain qunut dalam Solat Subuh dan qunut pada separuh malam kedua terakhir Ramadan dalam Solat Sunat Witir.
 

Qunut nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti peperangan, wabak, kemarau dan sebagainya. Bacaan qunut nazilah ini pernah dibacakan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut yang bermaksud:

“Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.”
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)




Sumber: bisikaninsan 
ihsanalimi
cintakhalifah

Gaza...Kami Utuskan Doa Buat Mereka Ya Allah


Tak tahu apa yang patut diperkatakan lagi, hanya iringan doa yang mampu dilafazkan agar semuanya berakhir segera. Pada Allah kita berserah, segala buruk dan baik hanya Dia yang menentukannya kerana Dia lebih mengetahui tentang sesuatu....


Marilah kita bersama-sama berdoa agar kekejaman di Semenanjung Gaza dan dilain-lain tempat akan segera berakhir...


Maksudnya:

“ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

 

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

 

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”


 

Bagi yang ingin memberikan sumbangan dalam bentuk kewangan, ahli GBS dan GROUP BLOGGER APAKAH? telah mengambil inisiatif mengadakan satu kutipan sumbangan untuk membantu saudara Islam di Palestin. Sumbangan ini terbuka kepada semua pihak sama ada blogger mahupun bukan blogger. Sama-sama kita berganding bahu meringankan beban saudara kita disana.
 





Jumaat, 23 November 2012

Bubur Kacang Hijau Durian yang enak...


Musim durian datang lagi!!!! Moh kome balik kampung weii....


Alhamdulillah dalam hujan sana, hujan sini. Banjir sana, banjir sini. Pokok durian berbuah lagi. Ehhhh apa relevannya??? Ha... Durian tu kan ker panas, kot sejuk-sejuk makan boleh le panaskan badan sikit hehheh. Ce makan time musim panas, maunya berpinau badan berkipas hihihihi.


Tapi petua orang-orang tua ada untuk kurangkan panas badan lepas makan durian banyak iaitu minum air melalui 'pangsa'/kulit durian tu. Tuang je sikit air suam kat dalamnya, gosok-gosok sikit bagi isi durian yang tinggal larut sikit dalam air terus minum lepas baca Bismillah... Insyaallah mujarab. Setakuat yang pernah saya try memang tak pernah le rasa panas badan lepas makan banyak durian. Kalau dah terasa makan over sangat dose durian harus saya amalkan cara tu. Insyaallah... Anak-anak pun dari umur 3 tahun dok amalkan macam tu walau makan 3 ulas durian tak le pernah jadi apa-apa yang tak baik. Alhamdulillah :)


Tapi buat yang ada penyakit tu awas yer. Jangan berlebih sangat dengan durian ni. Yang selalu kita dengar darah tinggi. Selalu je kena attack lepas makan durian ni. Sebabnya durian ni kan ke panas. Jdi darah surely berjalan laju je keseluruh tubuh. Itu yang menaikkan tekanan darah tu. Nak makan boleh tapi berpada-pada cukup sekadar satu atau kot tak tahan sangat dua. Jangan lebih. Macam tu juga buat si kencing manis. Durian tu manis so cukup paling banyak dua yer laling. Esok-esok boleh makan lagi. Banyak dah sekarang kat mana-mana. Tak payah nak tunggu musim pun dah senang nak jumpa. So tak le risau kempunan yer idak??? Lepas tu minum air ikut 'pangsa'. Insyaallah.


Kat rumah ni sekarang dah makin jarang ada durian. Tak macam dua tiga tahun dulu, pantang musim. Harus ada tiap hari. Tapi dah berumur kena jaga. Beli jika perlu je. Kalau ke rumah mak pun tak le offer diri nak bawa balik heheh. Dah jual mahal dah hihii. Kalau mak suruh ambil pun takat sebiji dua je yang kitarang ambil, cukup sekadar jaga hati mak. Dah berumur ni kena jaga. Takut sungguh saya dengan penyakit 3 serangkai tu.... Darah Tinggi, Kencing Manis & Jantung. Lagi satu Gout.... Jangan le Ya Allah. Biar le saya berdarah rendah senang nak maintain rasanya berbanding darah tinggi. Memang saya berdarah rendah sebenarnya. Tapi pada saya yang ada darah rendah ni, kalau rendah senang makan je apa saja (dalam kedar yang terkawal) Insyaallah akan naik le sikit. Tapi kalau darah tinggi.... Jangan makan apa saja kang banyak naiknya naya. Tapi lagi baik kalau totally sihatkan :)


Hihihi... Kalau dah sembang lupa motif utama hihihi...


Hari ni saya nak kongsi resepi Bubur Kacang Berdurian. Hikhik resepi mak-mak dulu apa susahnya yer idak. Itu pun nak kongsi????


Saya ni terus terang cakap tak berkesempatan belajar dari mak-mak masak memasak ni. Dulu saya lebih suka buat kerja keras. Mengidam sangat nak jadi pomen tapi tak der pulak kawan lelaki nak belajar. Tak minat le masak-masak ni. Apa kelas hihihi. Lagi pun Allahyarhamah nenek, Yong Abdullah teror masak. Sedap. So tak le peduli nak belajar. Ha... Sudah kawin kalu, ini lidah sudah kelu la.... Akibatnya beli bawang, gula, tepung dan segala macam. Lambak kat dapur. Nak masak capai je ikut suka. Beli buku resepi konon untuk rujukan tapi tak le pulak reti guna sebab selalu ada resepi yang dahsyat. Kami lak orang kampung. Janggok le jadinya. Resepi ni pun main hentam kromo je tu yang bangga bila menjadi. Tak le pulak skodeng sana-sini masa nak buat hihihihi. Perasan teror le kesnya hahahah.


Tapi bagi saya, Bubur Kacang Hijau baik berDurian atau tidak, wajib ada sagu. Kot tak tak sah dan tak cantik. Hihiiik nak makan pun mau cantik-cantik. Tu kang bila dah asyik termakan banyak mula le bising membulat hihihi. Jom lah tengok resepinya. Kang mau lagi berjela-jela panjangnya bermadah ;p


BUBUR KACANG HIJAU DURIAN

By: Asamgaram2puteri

Bahan-bahan
  • Kacang hijau -  rendam semalaman
  • Sagu biji
  • Air secukupnya - untuk merebus kacang sehingga kembang
  • 1 sudu besar minyak masak - nak bagi cepat empuk kacang tu
  • Santan
  • Daun pandan
  • Garam 
  • Gula pasir
  • Gula merah/perang - untuk bagi warna lebih cun je
  • Gula melaka
  • Durian - ikut le banyak mana suka tapi jangan le sampai nampak durian pulak dari kacangnya hihihi... Gurau je ;)

Caranya
1. Rebus kacang hijau, air, garam dan minyak masak atas api sederhana. Tujuannya nak percepatkan proses rebus kacang tu bagi kembang. Kalau tak masukkan garam dan minyak masak harus kena berjam-jam baru nak empuk. Banyak gas terbuang.

2. Bila dah empuk (isi kacang hijau tu pecah-pecah) masukkan pelbagai gula, durian, daun pandan yang disimpul, biji sagu dan santan. Kacau nak bagi biji sagu tu tak melekat antara satu sama lain. Lagi pun kalau dibiarkan kang santan tu pecah minyak pula. Hancur jadinya. Jadi kena hati-hati yer.

3. Biarkan mendidih dan dah dapat kepekatan yang kita sukan boleh terus tutup api. Kalau nak cair sikit boleh le nak tambah sikit air lagi. Dah mendidih baru tutup api.


**Kot tak nak atau tak der durian, skip le part yang masukkan durian tu yer. Sedap gak kalau makan begitu saja.



Dah siap!!! Boleh le kalo nak dihidangkan. Makan lak dengan roti banggali kalau ada lagi masuk.. Kot tak guna je roti apa yang ada kat dapur tu. Kalau rasa terlebih rajin, tanak sikit pulut. Makan sedapppp. Pulut tu boleh buat Pulut Durian pulak. Lagi best... :)


Kang kalau rasa ada baki masukkan dalam plastik panjang buat Aiskrim Malaysia Bubur Kacang Hijau Durian.... Tak membazir. Enak pulak tu :) Nak ker???? 50 sen je..


Khamis, 22 November 2012

Sos Char Kueyteow 2 Puteri udah sampai ke RTC Gopeng dah... Ikut Jangan Tak Ikut :)



Alhamdulillah kitarang dah selesai mengantor order baru untuk cawangan baru Pasaraya Mydin Hypermarket yang dibuka di RTC Gopeng. 2 PUTERI ke Gopeng pulakkkkk!!!! Best best.. Tak le susah orang-orang Gopeng nak dapatkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri kami. Dah makin dekat dah :)


Semalam masa mengantor tu teman tengok udah hampir 70% siap. Tapi itu ikut pemandangan dari luor je la. Kalo dalam idak le teman nampak. Udoh tempat kereje deme doh ghupe itu, kat luor je deme terime barang. Rase-rase dalam bulan depan siap le kot yop. Itu jugok yang teman bace. Bukok bulan 12.


Lokasi Mydin tu kalo ikut jalan lama ke Gopeng, masuk je RTC, teruih ke belakang kat Pasar Borong tu yang dekat belah kanan tu. Belakang bagunan tu, ha.. Itu le tempatnyer. Jangan pulok tengok bangunan belah kiri sebab belah kiri tu pejabat-pejabat macam Fama, Lembaga Nenas, Lembaga Ikan sumer tu wei. Bank BSN dengan Agrobank pun ade belah Pasor Borong tu tapi belah belakang le. Kot nak ke Surau nampak le weh.


Mengkale ikut highway pulok, ha... Dia jatuh belah depan menghadap ke Highway. Dah dibuat rasenya lencongan keluor ke RTC tu. Idak pulak teman perasan sebab teman terlajak hahahha. Dari Tepen pegi ambik jalan tengah nak menuju ke KL nu hah. Alih-alih keluor dah teruih ke Gopeng. Harus le kena patah balik mengkale nak ke RTC tu. Mr Hb teman ambik jalan lame. Tu yang idak tahu siap ke idak. Tapi katenye compom ada. Mudah dah...


Bile udah parking kete kat tempat parking dia tu nanti mike masuk je ikut pintu beso Mydin tu. Lepaih tu mike teruih jalan pergi Bahagian Sos atau Agrobazaar. Nak tahu Bahagian Agrobazaar ni mudah aje, mike tengok je pintu gerbang yang dema buat nak masuk ke lorong tu, Ha.... Kat-kat situ le weiii Sos Char Kueyteow 2 Puteri ada. Ghase-ghase ataih eye level kot sebab kat Mydin lain pun deme tak tinggi sikit. Mike tengok le yer weii. Mughoh je deme boleh beli punye. Doghoyan kan dah lughuh, mike ade le duit kan yong ;) Hihihih....


Ape pun lagi sekali le teman nak ucap terima kasih kat Datuk Ameer sebab berani bukak lagi satu Mydin Hypermarket kat negorhi teman yer. 3 buah serentak dalam tahun ni. Tu yang teman suka sangat. Nampak orang dah makin berani nak melabur kat negheri kesayangan teman ni weh. Insyaallah makin maju nanti. Dapatttt gak anak-anak tempatan ambil peluang cari rezeki. Teman punnnnn boleh tumpang same :) Lagi satu sebab bukak kat RTC tu. Bukan ape, teman tengok dulu mase mula bukak sedihhh sangat. Kurang sangat aktiviti kat situ. Mengkalo kat Kelantan hari-hari dema kat sane bukak untuk orang ramei berniaga, sampei malam. Tapi kat sini, seminggu sekali je yong. Itu yang teman rase buang duit kerajaan je. Sape nak pergi kalo idak ade tarikan. Lepaeh tu buang duit mentenen gitu je. Ha le ni ok dah kot Insyaallah, bank pun ade.


Lepeh ni tawar kat Maybank dengan CIMB pulak untuk bukak satu kat situ. Pejabat Pos, klinik 1 Malaysia jangan lupa. Bagi le ada satu juga ye. Ha... satu lagi JPJ.... Senang le keme nak renew lesen. Hahah teman idak le tapi teman wakil kawan-kawan teman kat Gopeng sana tu hahahha. Mengarut le pulok kalau teman renew kat sane. Udah buang tebiat orang kate nanti hahahha.


Mengkalo suke lagi, buat pusat riadah kat situ. Alah... padang permainan ke, tempat skating ke apa ke. Bawak je Rakan Muda meriahkan suasana. Compen ceria. Padang permainan tu tak payah le nak buaian-buaian, cepat rosaknya sebab mak bapak pun kadang-kadang teringin nak naik heheh, Buat je slide tapi batu yer macam kat Tepen ni, tak le susoh nak jage.


Terima kasih jugok le teman ucapkan kat Menteri Besar kite, Datuk Dr Zamry.... Kalo die tak kegheje idok le teman nampak sempei bebile negheri teman ni membangun. Haghap-haghap lepeh ni makin banyak ye pembangunan kat Perak ni... Teman tunggu dan tumpang bersyukur sangat-sangat. Kot nak idea teman udah bagi sikit kat sini dan kat sini.... Heheheh. Nak banyak contact teman :)

 

Back to main topic pulak hihi. Nak melencong le lagi hihii.


Jadi dengan ini Insyaallah Sos Char Kueyteow 2 Puteri telah berada di Mydin Hypermarkat Gopeng. Insyaallah mungkin bukaknya bulan Disember nih. Jadi nanti buat warga Gopeng such as warga Kampung Pulai, Kampung Gunung Mesah; Cenderiang, Lambor, Pasir Salak dan kawasan yang seantero dengannya sila le dapatkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri  kat Mydin Hypermarket Gopeng yer. Cari kat bahagian IKS atau Sos. Juga dah ada kat Mydin Hypermarket Meru Raya, Manjoi dan di cawanga Tesco iaitu di Tesco Ipoh, South Station 18, Manjung dan Tesco Extra Ipoh yer. Yang ni kat bahagian 'Produk Malaysia Citarasa Kita'.


Pada yang dah cuba produk kitarang, Sos Char Kueyteow 2 Puteri ngan Cili Boh Asli 2 Puteri terima kasih banyak-banyak. Teruskan bersama kami yer sampai bila-bila :)

Selasa, 20 November 2012

Cerita Lucu: Perkahwinan Yang Bahagia


Jhon dan isterinya telah menikah 60 tahun dan belum pernah sekalipun bertengkar ataupun mengalami
hari-hari ÿang tidak menyenangkan bersama

Banyak orang yang selαlu memuji kehidupan pernikahan mereka.

Suatu saat sebuah media terkemuka memutuskan untuk mewawancara Jhon mengenai rahsia dari pernikahan bahagia ÿang mereka jalani.

Jhon bercerita : Mmmm.. Peristiwa ini awalnya tɐrjɑdi 60 tahun ÿang lalu pada saat ќαмi sedan
g berbulan madu. Ќαmi berdua sedang berkuda melewati sebuah kebun anggur ÿang luas, dimana tiba-tiba kuda ÿang ditunggangi isteri saya tersandung, däπ ia pun terjatuh, tetapi isteri tercinta saya bangkit dengaπ wajah ÿang gɐмbirɑ, tidak marah, tαpĭ hanya mengucapkan 1 kata "SEKALI.."

Lalu ia pun kembali menunggang kudanya dengaπ saya.

Setelah beberapa minit kemudian, kudanya kembali tersandung dan isteri saya terjatuh untuk kedua kalinya. Tapi lagi-lagi istri saya tetά̲̣p bangkit dengaπ wajah tersenyum, sambil berkata "DUA KALI.."

Saat ќαмi kembali ke villa tempat ќαмi menginap, sang kuda kembali tersandung.

Lalu, isetri saya kembali menunjukkan wajah ÿang begitu menyenangkan, tαpĭ kali ϊηϊ ia mengeluarkan pistol dari dalam tasnya, däπ DOOR !!!

Ďiα menembak mati kuda tersebut. Saya terkejut dengaπ reaksinya îτϋ, däπ langsung membentaknya :

Hei, apakah kamu sudah GILA?? Kenapa kamu tembak kuda îτϋ?

Isteri saya menatap saya dengaπ wajah ÿang lembut, däπ mengucapkan satu kata "SEKALI...

Dan sejak îτϋ, ќαмi tak pernah sekalipun bertengkar lαgî,

Itulah rahsia bagaimana pernikahan ќαмi dapat bertahan dengaπ damai sampai 60 tahun ..

FOLLOW, jika anda suka post ini jika anda tidak FOLLOW, kami cuma senyum dan Berkata "SEKALI.." :p
Sumber: Koleksi Lawak Antarabangsa

Isnin, 19 November 2012

Maksud Disebalik Nama Bulan Dalam Islam


Nama-nama bulan dalam Islam... Macam mana satu-satu nama ni diberi yer? Selalunya saya ni sebut je Zulhijjah, Ramadhan, Rabiul Akhir tapi tak pernah tahu camner nama ni diberi. Ada gak terlintas kat kepala otak ni tapi tak le pulak pernah cari sebab musababnya. Tapi Alhamdulillah dalam dok skodeng blog sahabat sana sini terjumpa Maksud Di Sebalik Nama Bulan Dalam Islam ni. Haa... Leh gak tambah ilmu dan kongsi-kongsi dengan rakan-rakan semua. Sama-sama kita tambah ilmu :0 


Sebelum tu, terima kasih pada Mohd Safwan, mrs. azmi, aiyien luckygurl_91, Misyahzniirf_Alid & J&S Bakery kerana sudi follow kami kat sini. Juga buat Fazura, Natasha Hudson, Mr Ts, Farah Dila, Amisha, Neolefa dan Abang Ruud kerana sudi ke sini dan bagi komen yang best :) Kalau sudi ziarah le lagi yer kengkawan semua. Please come again....





Orang Arab memberi nama bulan-bulan ini dengan melihat keadaan alam dan masyarakat pada masa-masa tertentu sepanjang tahun. la diterima pakai hingga sekarang. Berikut adalah maksud bagi nama-nama bulan dalam Islam:



Muharam:

Ertinya yang diharamkan atau menjadi pantang larang. Dinamakan Muharam kerana pada bulan itu dilarang menumpahkan darah atau berperang.

Safar:

Ertinya kosong. Penamaan Safar terjadi kerana pada bulan itu, semua orang lelaki Arab zaman dahulu pergi meninggalkan rumah untuk merantau, berniaga dan berperang sehingga pemukiman mereka tiada orang lelaki.

Rabiul Awal:

Ertinya berasal dari kata Rabi' (menetap) Awal (pertama). Masa kembalinya kaum lelaki yang telah meninggalkan rumah atau merantau. Pada bulan ini juga berlaku banyak peristiwa bersejarah bagi umat Islam.

Rabiul Akhir:

Ertinya masa menetap kaum lelaki di rumah untuk tempoh penghabisan.

Jamadil Awal:

Ertinya Jumadi (kering) dan Awal (pertama). Bulan ini merupakan awal musim kemarau, apabila masalah kekeringan mula terjadi.

Jamadil Akhir:

Ertinya musim kemarau yang penghabisan.

Rejab:

Ertinya mulia. Ini kerana bangsa Arab masa dulu sangat memuliakan bulan ini antaranya dilarang berperang.

Sya'aban:

Ertinya berkelompok. Orang Arab pada bulan ini lazimnya berkelompok mencari nafkah. Peristiwa penting bagi umat Islam yang terjadi pada bulan ini adalah perpindahan kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah (Baitullah).

Ramadan:

Ertinya sangat panas. Bulan ini merupakan satu-satunya bulan yang tersebut dalam al-Quran, satu bulan yang memiliki keutamaan, kesucian dan pelbagai keistimewaan.

Syawal:

Ertinya kebahagiaan, iaitu kembalinya manusia ke dalam fitrah (kesucian) selepas menunaikan puasa dan membayar zakat fitrah serta saling bermaaf-maafan. Itulah maksud membahagiakan.

Zulkaedah:

Ertinya Zul (pemilik) dan Kaedah (duduk). Bulan ini merupakan waktu istirehat bagi kaum lelaki Arab dahulu. Mereka menikmatinya dengan beristirehat di rumah mereka.

Zulhijjah:

Ertinya menunaikan haji. Umat Islam menunaikan haji pada bulan ini, sejak nabi Adam A.S menunaikan ibadah haji.



Source : Kosmo

Ahad, 18 November 2012

Ikan Goreng Salut Sambal 2 Puteri


Hari Khamis lepas seharian aktiviti saya di dapur. Celik je mata, dari pagi sampai ke petang memasak. Terasa cam suri rumah yang sejati lak ahaks*. Ehhh jangan salah sangka, selalu tu masak gak. Tapi biasanya pilihan lauk 2 jenis je. Pastu jarang-jarang ada pulak ada hidangan petang. Selalunya kitarang skip tapi ambil dinner jam 7 lebih, sejurus selepas Maghrib. Jarang sangat saya masak khas untuk waktu nih.


Tapi itu ler, kalau dah jarang-jarang buat sesekali buat terasa nikmatnya. Nak-nak pulak lepas hidang semua puji. Isk... Terasa nak masak macam tu tiap hari heheheh. Ada ke kerajinan dalam diri hahahahah. Sib baik dapat Mr Hb jenis okay, so tak le susah sangat. Tapi dalam ok pun hati dan perutnya kena jaga beb. Sapa tak sayang suami oooooi.


Menu tengah hari saya Khamis lepas banyak berasaskan Sambal. Heheh mentang-mentang le nak jadi queen of Cili Boh, asyik bersambal je la hahahah. Ikan Goreng Bersalut Sambal cicah dengan Sambal Kicap berSos Char Kueyteow 2 Puteri dan Terung Bersambal. Ha... Kannnn. Semua menu ada unsur Sambal. Sian pulak anak-anak, makan Ikan Goreng jer heheh. Tapi biasa le kalau dah banyak cerita, memang jadi tak reti nak hidang apa untuk diarang. Masak special pun tak dimakannya. Last-last ibu gak yang makan. Mana tak mengelembung mak hiiiii.


Sebenarnya pokok limau yang saya tanam depan rumah tu berbuah lebat sangat kali ni (ehhh tukar tajuk ke pulak???). Dah puas sedekahkan pada jiran pun masih banyak lagi. Pokok kecik je. Agaknya cukup bajanya yer tak heheh. Peliknya pokok limau purut yang besar bagai nak rak tu tetiba je mati. Pelik gak. Elok le tu satu mati, satu lagi lebat berbuah. Kurang le sedihnya hehhe.


Dah puas gak buat Jus Limau Nipis, Teh O Limau tak habis-habis lagi. Dalam dok pikir apa lagi yang nak buat dengan limau nipis tu teringin pulak nak makan Ikan Goreng cicah Sambal Kicap. So hari Rabu lepas terus beli sekilo (7 ekor je dapatnya) ikan mata besar. Heheh saya tak le tahu nama betulnya, Ikan Selar kot. Takat Ikan Mata Besar atau Ikan Uji Rashid tu tau le heheh. 


Takat nak menggoreng ikan dan makan dengan Sambal Kicap terasa kesian lak kat Mr Hb. Terasa cam nak bagi orang sakit je makan heheh. Jadinya tangan terus capai Cili Boh Asli 2 Puteri untuk dibuat sambal. Nama pun tokey cili boh, stok harus ada sentiasa dalam fridge. Kot tak malu weh hihihi.


Untuk kali ni saya kongsikan resepi Ikan Goreng Salut Sambal 2 Puteri kay. Yang lelain tu nanti-nanti Insyaallah saya kongsikan pulak. Ikut turn bebeh :)


IKAN GORENG BERSALUT SAMBAL 2 PUTERI

By: Asamgaram2puteri
Gambar: homestaypenang

Bahan-bahan

  • Ikan yang telah digoreng
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih 
  • 3 sudu besar Cili Boh Asli 2 Puteri 
  • Sedikit belacan - biasanya tak guna tah tetiba tergatal pulak nak masukkan
  • Garam dan gula
  • 2 sudu besar Sos Char Kueyteow 2 Puteri
  • Air asam jawa
  • 1 biji bawang besar - potong bulat

Caranya

1. Bawang putih dengan bawang merah tu kalau rajin kisar halus. Tapi saya ni ikut mood, kalau angin cepuih-cepuih datang heheh maap yer sekadar hiris halus je heheh. Dah siap tu terus tumis atas api medium kecik. Sebabnya nak bagi bawang tu tak hangus.

2. Dah agak-agak keperangan masukkan pulak Cili Boh Asli 2 Puteri. Kacau seketika dan tumis hingga agak garing. Mak-mak kata pecah minyak dengan rupanya minyak tu makin nampak ke permukaan.

3. Bila dah garing, masukkan garam, gula, Sos Char Kueyteow 2 Puteri, belacan (yang ni kalau tak nak pun ok) dan air asam jawa. Nak bagi sedap lebihkan jumlah gulanya. Pastikan garam sikit je yer. Kalau tak rasanya pedar cam terlebih rencah pulak. Tak sedap nanti. Air asam tu pun jangan menyengat sangat. Ala-ala ada je. Rasanya cukup 1/2 sudu teh je pes asam jawanya.

4. Last sekali masukkan ikan goreng dan bawang yang dipotong bulat. Golek-golekkan seketika terus tutup api.


**Resepi ni boleh digunapakai pada Sambal Ikan Keli yang macam orang jual kat restoran/kedai-kedai makan tu yer.

**Bawang besar yang dipotong bulat tu dimasukkan last sekali supaya akan terasa rangupnya masa makan nanti. Kalau dah lembik kurang umphnya :)


Jumlah bahan-bahan tu saya salut pada 3 ekor ikan goreng je. Bakinya ikan goreng saya makan dengan Sambal Kicap berSos Char Kueyteow 2 Puteri. Lagipun anak-anak tak makan pedas... Payah.


Okay tu je. Dah siap untuk dihidangkan. Makan pulak dengan nasi panas-panas bersama papadom dan sayur... Perghhhh bertambah selera. Silap-silap ikan sekilo tu sekali hadap je jadinya heheh. Tapi bila lagi nak makan puas-puas kan... Kalau beli dah kena bayar berapa agaknya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...