Rabu, 31 Oktober 2012

Cili Boh Asli 2 Puteri dah sampai ke Tesco Store...Alhamdulillah


Semalam saya ke Tesco Store Taiping. Biasa le survey ngan shopping hihih. Surveynya jab je shhopping tu yang berjam-jam hihih. Kalau boleh dengan Tesco-tesco tu nak angkut bawa balik hihihi. Kuatnya nafsu shopping teman weh. Ni kot Mr Hb tahu ni maunya kena cepuk sekali hihihi.


Survey apa??? Alahhhh Sos Char Kueyteow 2 Puteri dengan Cili Boh Asli 2 Puteri la. Kat Tesco Store Taiping pun ada gak jual produk kitarang tu. Kalau nak try sila le ke sana yer. Tak pun kalau tinggal jauh dari kawasan Taiping nih boleh tengok kat sebelah senarai cawangan Tesco Store dan Mydin Hypermarket yang ada jual produk kitarang tu.


Masuk je Tesco kitarang terus tuju ke bahagian 'Produk Malaysia Citarasa Kita'. Produk saya dikatakan diletakkan sebab saya ni IKS. Jalan sampai habis lorong, TAK DER???? Isk apa ni???? Aduhhh tak selesai lagi masalah.


Kebetulan manager bahagian IKS ada di situ terus kitarang tanya. Tapi katanya tak sampai pun dari Pusat Agihan diarang. Adoi camner ni. Kalau camtu macam mana nak jual produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri kitarang nih? Ala hai Ya Allah. Dugaan sungguh. Dah masuk 3 minggu hantar. Tempat-tempat lain dah masuk order baru dah kat tempat sendiri boleh tak der lagi. Missing in action. Tak pe lah esok (ary ni ler hihih) try settlekan masalah ni. Insyaallah... Kalau dan Sos Char Kueyteow 2 Puteri tak der maknanya Cili Boh Asli 2 Puteri pun boleh jadi tak der gak le agaknya, andai kitarang. So shopping!!! Ehhh jangan salah sangka tu terapi lepas stress produk tak masuk-masuk lagi kat Tesco Taiping nih. Hihihi alasannnnn....


Masa sibuk bershopping tetiba Mr Hb panggil. Isk apahal pulak cik laling nih. Tak nampak ke kita terbongkok-bongkok ambil bawang nih???? Sabau ar... Saya pun tak jadi le pilih bawang terus ke Mr Hb. Tengok dia tersengih-sengih dah. Aphal pulak mamat asyam saya nih???? Mata terus pandang pada apa yang dia pandang. Alhamdulillahhhhhhh!!!!! Cili Boh Asli 2 Puteri DAH ADA!!!! Sukanya. Kat bahagian Fresh le lagi. Dalam chiller pulak. Alhamdulillah leganya saya. Syukur.. Syukur Ya Allah.




Syukur sangat sebab kini Cili Boh Asli 2 Puteri dah sah masuk Tesco Store. Bonusnya sebab ditempatkan kat bahagian Fresh dalam chiller sebaris dengan otai-otai yang lain. Tengok pada keadaan baru je letak ni. Belah pagi kot. Tak pe lah janji tak tersorok produk kitarang tu.


Kowang kalau nak try produk Cili Boh Asli 2 Puteri boleh le dapatkan kat Pasaraya Tesco Store ye. Senarai cawangannya leh refer kat sebelah tu. Bagi Sos Char Kueyteow 2 Puteri kalau cari tak jumpa mungkin dah kehabisan stok tapi order baru tak sampai lagi atau tak hantar lagi sebab kena ikut rulenya. Harap-harap biar la kat Taiping ni je yang jadi masalah macam ni. Insyaallah kowang sure puas hati punya dengan produk yang kitarang tawarkan ni. Cuba le yer tak mahal pun harganya cuma RM1.90 je untuk sebungkus dengan berat 280g+/-. Cili Boh Asli 2 Puteri memang pure cili tau. Tak campur lain-lain bahan yang tak sepatutnya. Nak comfirm kena beli dan try sure puas hati. Cubalah.... :)





Isk my duta dah le Cili Boh Asli 2 Puteri tu merah, pakai lak baju merah... Isk isk isk

Selasa, 30 Oktober 2012

Mydin Hypermarket ke Gopeng pulak.... Sos Char Kueyteow 2 Puteri ikut serta yehhh


Alhamdulillah baru-baru ni kitarang dapat order baru untuk cawangan baru Pasaraya Mydin Hypermarket yang dibuka di RTC Gopeng. Mydin ke Gopeng pulakkkkk!!!! Husss dahsyat tu dalam setahun ni 3 tempat yang dibuka oleh Mydin Holding kat Perak ni yer... Amboiii perkembangan baik nih.


Tahniah le untuk warga Mydin Holding atas pertambahan cawangannya terutama buat Datuk Ameer Ali Mydin. Tahniah juga buat Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zamry Abd Kadir sebab Perak mula nampak berkembang dibawah pentadbiran beliau. Memang terbaik. Ini lah tokoh yang sebenar-benarnya bekerja untuk perkembangan negeri dibawah pentadbirannya. Dengan perkembangan ni semua orang dapat merasa, Insyaallah. No politics please... Tapi saya berkata sekadar sebagai warga jati negeri Perak yang sayangkan negerinya. Selama ni Perak ni dumm je satu hapa pun tarak. Tapi sekarang terutama bermula tahun 2011, nampak semakin berubah. Tengoklah kat Taiping ni, makin banyak pelabur yang masuk untuk memeriahkan ekonomi kat sini. Harap-harap perkembangan ni akan setanding negeri Selangor kalau tak KL pun hihihi.


 

Tapi dalam berkembang tu saya amat harap yang pihak dari Bahagian Pelancongan Negeri Perak akan giatkan usaha dalam menjaga, memulih dan menaikkkan taraf setiap bandar kat Perak terutama kat Taiping ni sebagai Bandar Warisan yang tertua kat Malaysia ni. Mulakan langkah untuk pulihara warisan lama. Dan kalau boleh bangunan lama yang ada kat Perak tu cat le bagi baru dan kekalkan identiti sebagai bandar pertama.Mungkin akan memakan belanja lebih sikit tapi Insyaallah mula-mula je lepas tu jaga dah tak susah. Jadikan Taiping (Perak amnya) destinasi pelancongan bersejarah. Cakap memang mudah tapi kalau ada team yang berilmu macam staff Majlis Perbandaran lagi mudah hihihi. Nak mudah lagi syaratkan pada syarikat yang punya pegangan terhadap bangunan lama untuk cat atau indahkan bangunan diarang setiap 5-7 tahun sekali. Masa tu beri le apa-apa imbuhan sikit kat diarang seperti cukai pintu dikurangkan. Bukan nak rugi kalau dapat dilampir dalam sektor pelancongan pulak. Give and take kata opah hihih. Dari situ tak le nampak kusam sangat bandar.pekan kat Perak ni.


Dhaif nampaknya kan... Tu yang sedih sangat tu


Kat Kuala Kangsar tu pun kena lebih sikit kerjanya. Bersyukur kita dapat Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak yang tak kisah tapi jangan le sampai kita tak jaga nama baik baginda dan imejnya. Tu hari saya pernah le jejalan kat situ bersama keluarga disebelah malam. Isk sedih sangat rasanya. Pihak Perbandaran bersama Pelangcongan Negeri Perak sepatutnya lebihkan kat sini dari segi menaiktaraf sebagai Bandar Diraja. Ni tak banyak ciri-ciri tu yang dapat kami lihat. Sepatutnya istana dihiasi indah. Bagi cahaya yang gemilang sikit kat jalan menuju ke istana hingga ke istananya. Tambah sportlight sikit kat kone-kone yang boleh nampak gemilangkan istana kita. Jangan le hala ketingkap tapi kat dinding-dinding yang tak der tingkap le. Kang silau lebih pulak hihihi. Buat macam kat Galeri Sultan Azlan Shah tuuu. Ini saya tengok ada gak yang lampu rosak le apa. Jangan le macam ni.. Malu pelancong tengok. Jangan kata orang luar orang tempatan pun rasa tak tertarik tengok. Kalau rosak baiki segera. Alah udah pergi kerja hari-hari jangan le bertangguh nak simpan banyak-banyak kerja baru nak buat. Ada sikit siapkan baru senang handle. Tu le amanah dalam bekerja.

Gelap je, tak nampak Istana Perak harap nampak gate jer isk...

Kalau nak bina bangunan baru kalau boleh tu biar ler sejajar dengan kisah atau sejarah kat satu-satu tempat tu. Jangan pulak bandar diRaja tapi yang dibina bangunan futuristik. Rasa janggal je. Tapi kalau boleh gabungkan bagi ada ciri modern dengan warisan. Lagi cunn.

Ehhh dah tersalah masuk channel pulak hihihi. Ni saya melalut ni janga pulak ada yang marah yer. Bukan nak tunjuk pandai tapi saje nak memandai hihihihi. Jangan marah yanggggg hihihi.

Contoh bangunan lama yang dimodenkan


Gabungan tradisi dan moden di Bangunan KLCC

Back to main topic pulak hihi. Jauh melencongnya. Jadi dengan ini Insyaallah Sos Char Kueyteow 2 Puteri akan turut berada di Mydin Hypermarkat Gopeng. Tak le pulak saya pasti bila bukaknya tapi kitarang kena hantar ke sana 21 haribulan November nih. Jadi nanti buat warga Gopeng such as warga Kampung Pulai, Kampung Gunung Mesah; Cenderiang, Lambor, Pasir Salak dan kawasan yang seantero dengannya sila le dapatkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri  kat Mydin Hypermarket Gopeng yer. Cari kat bahagian IKS atau Sos. Juga dah ada kat Mydin Hypermarket Meru Raya, Manjoi dan di cawanga Tesco iaitu di Tesco Ipoh, South Station 18, Manjung dan Tesco Extra Ipoh yer. Yang ni kat bahagian 'Produk Malaysia Citarasa Kita'.


Pada yang dah cuba produk kitarang, Sos Char Kueyteow 2 Puteri ngan Cili Boh Asli 2 Puteri terima kasih banyak-banyak. Teruskan bersama kami yer sampai bila-bila :)

Isnin, 29 Oktober 2012

Daging Lembu - Bahagian, Jenis Potongan dan Petua




Manis je senyuman cik lembu kat atas nih yer. Dia tak tahu yang saya nak cerita perihal potongan dagingnya lepas disembelih heheh. Kalau tahu agak-agak manis tak senyumannya????


Alang-alang semalam saya kongsi resepi Rendang Minang 2 Puteri dan bersemperna juga dengan sambutan Aldil Adha yang baru sangat berlalu ni saya nak kongsi cerita pasal daging lembu. Yer la kan daging korban masih banyak memenuhi peti sejuk tu sesuai le. Nanti kot ada rezeki saya kongsi pulak resepi yang berkaitan. Resepi Rendang Minang 2 Puteri dah bagi kira resepi daging yang lain leh hold dulu le ek hihihi. Ok sedikit penerangan mengenai daging lembu yang diperolehi daripada cik Wikipedia:

Potongan daging lembu us
Daging Lembu Potongan Amerika Syarikat

Daging lembu adalah jaringan otot yang diperoleh daripada lembu yang biasa dan umum digunakan untuk keperluan makanan. Di setiap kawasan, penggunaan daging lembu ini berbeza-beza bergantung kepada cara pemotongannya. Misalnya daging rusuk, daging batang pinang dan TBone sangat banyak digunakan di Benua Eropah dan di Amerika Syarikat sebagai bahan mentah stik sehingga bahagian ini banyak dikomersialkan. Akan tetapi di negara negara Asia lain, daging lembu banyak digunakan sebagai makanan berempah dan bersantan seperti sup tulang dan rendang.
Tambahan pula, bahagian daging lembu lain contohnya lidah hati perut dan daging punggung hanya digunakan di negara tertentu sebagai bahan makanan.




1) Loin lembut lembu ialah potongan daging batang pinang lembu. Sebagaimana dengan semua kuadruped (haiwan empat kaki), loin lembut merujuk kepada bahagian lembu dari otot anterior Psoas major sehingga cuaran melintang vertebra lumbar yang berhampiran dengan buah pinggang. Disebabkan otot ini tidak banyak dikerjakan, ia merupakan bahagian lembu yang paling lembut. Potongan loin lembut boleh dipanggang atau dijadikan stik. Potongan bahagian itu daripada lembu kasi dan heifer paling biasa dijumpai di saluran kedai runcit, manakala potongan loin lembut daripada lembu yang lain biasanya didapati di restoran stik yang lebih murah.

Apabila potongan loin lembut tidak dibahagikan, ia dikenali sebagai filet. Satu tanggapan salah yang umum adalah bahawa filet itu juga dikenali sebagai stik Chateaubriand. Sebenarnya, Chateaubriand ialah resipi untuk sesuatu stik loin lembut yang khusus yang berasal dari Perancis.

Apabila dihiris, potongan loin lembut menghasilkan berbagai-bagai jenis stik. Bahagian yang berhampiran dengan hujung loin potongan itu, apabila dihiris setebal satu atau dua inci, dikenali sebagai "filet" atau kekadangnya "filet mignon". "Filet mignon" kekadang juga merupakan nama untuk hidangan yang terdiri daripada filet loin lembut lembu dan bukan kepada potongan itu pada dirinya.

Bahagian-bahagian loin lembut yang lain, apabila dijadikan stik, biasanya dikenali sebagai "stik loin lembut" sahaja dan bukannya "filet". Potongan loin lembut yang tidak dihiris sering dijual sebagai PSMO (pismos), singkatan untuk "peeled, silver skin, and side muscle left on", iaitu "kulit fasia terkopek, otot sisi dikekalkan". PSMO yang dimaterivakumkan di dalam beg plastik boleh disimpan dengan selamat lebih lama daripada banyak potongan daging yang lain. Ia juga jauh lebih murah daripada potongan-potongan yang lebih kecil kerana ia tidak memerlukan banyak pengelolaan penjual daging tetapi sudah tentu, ia memerlukan lebih banyak persediaan daripada tukang masak. Oleh sebab potong loin lembut merupakan bahagian lembu yang paling kurang berurat, kebanyakan hidangan daging lembu yang memerlukan daging yang bermutu tinggi, misalnya stik tartar, dibuat daripada potongan ini.



2) Loin pendek ialah potongan daging lembu yang datangnya daripada bahagian belakang lembu kasi atau heifer. Ia terdiri daripada sebahagian tulang belakang dan merangkumi loin atas serta loin lembut. Potongan ini memberikan jenis stik seperti:
  • stik porterhouse;
  • stik kepingan (Kepingan Kansas City, Kepingan New York); dan
  • stik tulang T: Potongan yang mengandungi tulang dan sebahagian loin lembut. Stik tulang T ialah potongan yang mengandungi kurang daging loin lembut berbanding dengan stik porterhouse. Kamus Webster mentakrifkannya sebagai "sebahagian sukuan belakang lembu betul-betul di belakang tulang rusuk yang biasanya digunakan untuk membuat stik."


3) Stik perut, juga dikenali sebagai plat pendek, ialah potongan daging lembu daripada bahagian perut depan lembu, betul-betul di bawah potongan rusuk. Ia menghasilkan jenis stik seperti stik skirt dan stik penggantung. Stik perut biasanya merupakan daging yang murah, liat, dan berlemak.

 

4) Tulang rusuk lembu atau Ribs adalah bahagian lembu yang berasal di sekitar tulang iga atau tulang rusuk. Biasanya di buat sup bagi kalangan orang melayu dan boleh juga di buang gulai dalca. Bahagian ini termasuk dari perlapan bahagian  utama daging lembu yang biasa dikonsumsi. Seluruh bahagian daging rusuk ini terdiri dari beberapa tulang rusuk, mulai dari rusuk ke6 sampai dengan ke12.Untuk potongan daging rusuk yang akan dikonsumsi terdiri dari 2 sehingga 7 tulang rusuk. Ukuran lempengan lengkap (full slab)  tulang rusuk lembu  biasanya sekitar 10 inci persegi, dengan tebal berkisar antara 3-5 inci, berisi tiga atau empat ribs, otot interkostalis,  tendon, dan lapisan daging tanpa tulang serta  lemak yang tebal di hujung plak.


5) Daging batang pinang atau lebih dikenal dengan nama Inggerisnya Sirloin adalah bahagian daging lembu yang berasal dari bahagian bawah daging rusuk, terus sampai ke bahagian sisi luar filet. Daging ini merupakan daging yang paling murah dari semua jenis daging batang pinang, kerana otot lembu pada bahagian ini masih keras dibanding bahagian batang pinang dalam yang lain kerana otot-otot di sekitar daging ini paling banyak digunakan untuk bekerja. Ini kerana cara potongan daging lembu di America adalah berbeza berbanding di Eropah terutamanya di Britain. Di America potongan "top sirloin" merupakan daging yang bermutu tinggi dan mahal. Manakala di Britain, keseluruhan daging batang pinang dikira bermutu tinggi. Biasanya daging ini digunakan untuk membuat stik.

Daging batang pinang biasanya di gunakan untuk masakan kari, rendang, gulai atau kurma dinegara Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Indonesia atau Brunei. Juga digunakan untuk masakan tradisi masyarakat Malaysia dan Indonesia; iaitu satay.


  
6) Stik skirt ialah potongan stik daging lembu daripada potongan perut utama. Rupanya panjang dan leper. Ia sangat berasa, tetapi lebih liat daripada kebanyakan potongan stik yang lain. Justera, potongan skirt sering diperapkan. Potongan skirt ia potongan pilihan untuk memasak:

  • fajita (secara harafiah bermakna "tali pinggang kecil" atau "selempang" dalam bahasa Sepanyol),
  • stik lambung (arrachera) Mexico Utara;
  • pastri Cornwall; dan
  • hidangan goreng dan kacau Cina.
Stik skirt biasanya diperapkan dan ditumis-reneh pada suhu rendah atau digril. Ia perlu dihiris melintangi iranya sebelum dihidangkan. Bagi masakan Mexico, stik skirt dilembutkan secara mekanik (ditumbuk) sebelum disediakan.

Di Amerika Syarikat, potongan stik skirt pada keseluruhannya mempunyai klasifikasi pemotongan daging NAMP 121. Bahagian dalamannya yang lebih lembut (NAMP 121D) bersendi dengan sangkar rusuk (tulang rusuk 6-12), manakala skirt luaran yang lebih liat (NAMP 121C) terdiri daripada otot diafragma serta sehelai selaput yang tebal yang perlu dikeluarkan sebelum memasak.

Sejak pertengahan 1990an, stik skirt semakin mahal, akibat kepopularan masakan Mexico di seluruh dunia, khususnya di Amerika Syarikat dan Kanada.



7) Stik penggantung ialah potongan stik lembu yang dikatakan "bergantung" daripada diafragma lembu kasi. Daripada segi anatomi, diafragma merupakan satu otot tunggal tetapi ia biasanya dipisahkan menjadi dua potongan yang berasingan:
  • "stik penggantung" yang secara tradisi dianggap sebagai lebih sedap kerana ia lebih dekat dengan buah pinggang;
  • "stik skirt" luaran yang terdiri daripada otot di dalam diafragma dan lebih liat teksturnya.
Daging penggantung bersendi dengan tulang rusuk terakhir serta tulang belakang yang berhampiran dengan buah pinggang. Ia kelihatan seakan-akan stik lambung dan merupakan sepasang otot yang sedikit berbentuk V. Daging penggantung mempunyai satu selaput panjang yang tidak boleh dimakan pada bahagian tengahnya.

Stik penggantung bukannya sangat lembut tetapi ia banyak berasa dan paling baik diperapkan dan dimasak dengan pantas pada haba yang tinggi (menggril atau memanggang) lalu dihidangkan secara kurang masak atau kurang masak sederhana demi mengelakkan keliatannya. Tukang masak yang berpengalaman dalam menyediakan buah pinggang lembu melaporkan bahawa stik penggantung mengekalkan sedikit bau sedap buah pinggang.

Daripada segi tradisi, stik penggantung lebih popular di Eropah, berbanding dengan Amerika Syarikat. Ia dikenali sebagai:
  • onglet dalam bahasa Perancis;
  • lombatello dalam bahasa Itali; dan
  • solomillo de pulmon dalam bahasa Sepanyol.

Prime adalah yang terbaik-bergantung kepada texture, marbling, maturity, firmness and color






Bagi memastikan kualiti daging lembu yang disimpan kekal berada ditahap terbaik, langkah-langkah pencegahan haruslah diambil kira seperti berikut:

pembekal daging lembu
Ruang Sejuk beku untuk simpan daging lembu

  • Elakkan daging daripada bercampur dengan air. Daging hendaklah bungkus rapi supaya kalis air 
  • Suhu yang rendah akan memastikan pembiakan bakteria di daging lembu tidak berlaku, jadi simpan di bahagian peti sejuk yang paling sejuk (ruang penyimpanan jauh dari pintu peti sejuk seperti ruang sejuk beku) 
  • Sebelum memasukkan daging lembu kedalam peti sejuk, pastikan daging berada dalam keadaan yang baik dan ia dapat disimpan sehingga 2 bulan tanpa perubahan kualiti daging dan selamat dimakan.
  • Disarankan supaya daging dipotong ke potongan lebih kecil supaya lebih mudah proses pengeluaran dari ruang sejuk beku bagi daging yang diperlukan sahaja.
  •  Proses mengeluarkan daging lembudaripada simpanan sejuk beku boleh dilakukan dengan merendam daging tersebut dalamair sejuk, dipanaskan menggunakan ketuhar gelombang mikro atau dipindahkan ke bahagian lain dalam peti sejuk yang kurang sejuk. 

potongan daging lembu
Contoh Potongan Daging Lembu



POTONGAN PADA DAGING:
1. FILLET biasa digunakan pada daging bagian lulur, di mana daging dipotong utuh panjang.
2. CUBES: potongan dadu biasa untuk daging dadu 3 cm.
3. MINCE: potongan yang dicacah lembut.
4. CHOP: potongan daging dengan tulangnya, untuk bagian iga.
5. SLICE: potongan tipis melintang.
6. CUTLET: daging sapi atau ayam yang dibuang tulangnya lalu diiris tipis.
7. GOUJONS: potongan sebesar ibu jari.
8. ROLLED: daging diiris tipis, lalu digulung


Ahad, 28 Oktober 2012

Rendang Minang 2 Puteri



Joget Lemang Dan Rendang by Feeza n' Harun Salim Bachik. Sambil-sambil nak baca jom klik kat lagu tu. Halwa telinga dari saya ;)


Rendang minang memang satu juadah yang cukup digemari oleh semua dikala raya. Selain rendang minang nih ada gak rendang lain macam Rendang Tok yang glamer kat Perak ni, rendang hitam, rendang asam pedas dan lelain. Banyak jenisnya. Ada gak rendang suka hati hahahha. Selalunya yang tu orang macam saya yang suka buat sebab tak yah follow apa-apa rule dalam masakan. Kalau tok tok dulu tahu mau naya kena pulas telinga sebab rosakkan juadaha warisan diarang thihihi.


Sebenarnya saya ambik asas buat resepi nih dah lama. Dari dalam buku tapi tak ingat which book almaklum la banyak sangat buku resepi yang tak berapa digunakan kat rumah ni. Sebabnya saya suka baca asas bahan makanan untuk satu resepi saja. Tak ikut full version. Otak ni karat sangat dah tu yang susah nak ingat sukatan-sukatannya. Tapi kalau membiskut ya yang tu wajib diikut. Kang tak jadi naya. Jadinya masa nak membiskut atau baking buku resepi wajib ada disebelah walau dah berkali-kali buat resepi tu seperti Apam Polkadot yang glamer tuh.


Dulu seringkali saya dengar ada yang beri resepi yang tak betul. Memang dalam baik orang yang buat macam tu nayakan orang sungguh. Hal ni pernah terjadi dengan saya. Ye ye or je dia tunjuk baik kongsikan resepinya dengan kita last-last bila dicuba hancus. Membazir semuanya. Berapa banyak kerugian yang berlaku. Orang tu tak pikir ke? Tapi Alhamdulillah berkat saya mula berjinak kat internet ni... Menerusi medium blog, facebook dan web banyak resepi yang dikongsikan hampir kesemuanya menjadi belaka. Kalau tak jadi mungkin 1 dari 25 kot. Dan mungkin kurang lagi. Alhamdulillah dan terima kasih buat insan-insan yang mulia macam tu. Sekurang-kurangnya panjang ilmu dia dan kalau apa saja orang yang guna resepinya dapat melalui resepi tu Insyaallah akan dapat juga saham kat insan tu. Aaamiin ;)


Insyaallah saya pun berhasrat untuk macam tu juga itu sebab saya kongsi sesetengah resepi yang dah dicuba kat sini. Sebenarnya nak kongsi banyak saya tak berkemampuan. Bukanya masak tiap hari. Kadangkala kalau ada masa je. Lagipun saya pun kena banyak lagi belajar ilmu masak memasak ni sebab saya tiada guru yang 100% mengajar pasal masakan. Kebanyakannya melalui pengalaman, agakan atau yang dapat kat sana sini. Jadi kadang-kala memang resepi yang saya kongsikan tu bahannya ikut citarasa bukan tepat ikut sukatan. Tapi Insyaallah menjadi dan kadangkala ikut citarasa kita sendiri sukatannya akan lebih sedap lagi jadinya. Itu sebab macam resepi Char Kueyteow 2 Puteri tu kadangkala ada yang kata hasilnya sedap sangat tapi pada saya kredit tu lebih kepada tuan yang masak sebab kami cuma beri bahan asasnya sahaja, yang pronya siapa yang cuba dan pandai olah. Memang basic resepi kami beri tapi tangan yang hasilkannya yang sedapkan Char Kueyteow tu. Tu sebab kitarang guna slogan 'Feel Like A Chef' tu. Kowang olah kowang dapat credit.


Satu lagi resepi yang saya oleh guna Produk 2 Puteri  ni adalah Rendang Minang. Resepi biasa tapi saya olah sikit sikit guna produk keluaran kitarang. Feel Like A Chef' ! le katakannnn heheh. Bukan per tak semua orang suka makan Char Kueyteow kan. Ada gak yang suka tapi takkan nak masak Char Kueyteow hari-hari heheh. Kalau macam tu memang dahsyat le hihihi. Jadi kalau nak tunggu masak Char Kueyteow sahaja bila nak habis sebotol? Kang expired naya pulakkan. Rugi je. Membazir duit itu yang tak suka tu. Dan saya cukup tak suka orang membazir kerana apa yang saya tawarkan pada orang. Biar berbaloi dengan apa yang diarang bayar untuk dapatkan apa yang kami beri supaya ianya jadi rezeki yang cukup halal untuk kami sekeluarga. Aaamiin.


Amboiii lepas reraya ni menceceh panjang lebar yer saya hihii. Saja je kongsi pendapat dan idea heheh. Lagipun dah lama tak bersiaran tu yang terlebih sudah hahah. Wokay la menceceh panjang lebo kang bosan pulak. Kot ada yang nak menceceh lagi saya simpan sampai lain-lain masa pulak hihihi. Back tu the resepi kay.... As usual tak der sukatan. Ikut citarasa kowang yang pro tu wokayyyy.... ;) Ehhh sebelum tu nak ucap thanks pada Waniey dan Fieqah Aldama sebab sudi follow kami kat sini. Juga buat urdudb, facebook master, tiarra, dayana, krazy jokes (yang datang berkali-kali), anita, fara dilla, doyna, miss chantek, wanie dan lelain tu yer.


RENDANG MINANG 2 PUTERI
By: Asamgaram2puteri.blogspot

Bahan-bahan
  • 3-4 biji bawang besar -  dadu kasar dan kisar halus
  • 2-3 ulas bawang putih - potong kasar dan kisar halus
  • 3-4 ulas bawang kecil/merah -  potong kasar dan kisar halus
  • 1 inci halia - potong kasar dan kisar halus
  • 1 inci lengkuas - biasanya saya tak masukkan jarang ada kat umah ni stok lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup  - potong kasar dan kisar halus
  • 1-2 batang serai - racik halus dan kisar halus
  • 3-4 sudu makan Cili Boh Asli 2 Puteri - ikut citarasa pedasnya
  • 2-3 sudu makan Sos Char Kueyteow 2 Puteri - ikut warna yang kita nak nanti
  • Daging yang dipotong kecil - boleh gak ganti dengan ayam jika suka
  • Garam dan gula
  • 1 helai daun kunyit -  ambil sikit hiris halus dan sebahagian lagi koyak-koyak je
  • 1 sudu kecil kerisik
  • Sedikit santan pekat - jarang-jarang sekali gak saya masukkan, nak sihat ;)
  • 3-4 helai daun limau purut 
  • Minyak - menumis

Caranya
1. Kisar semua bahan yang patut dikisar sekaligus.

2. Tumis bahan kisar tadi agak-agak je banyak mana yang kina nak guna. Kadang kala ada yang lebih jadi saya simpan untuk masak benda lain pulak. Sebabnya bawang kalau simpan sedapnya lebih sikit rasa saya le heheh.

3. Bila bahan kisar nampak keperangan sikit masukkan pula Cili Boh Asli 2 Puteri dan daun kunyit yang dikoyak-koyak tadi. Masak hingga pecah minyak dan garing.

4. Masukkan daging dan perasakan dengan sedikit garam dulu. Sikit je tawww.

5. Bila daging nampak dah nak masak masukkan Sos Char Kueyteow 2 Puteri, garam, gula, santan dan kerisik. Cara nak pastikan dah masak atau tidak ialah dengan lihat air daging tu tinggal 1/2 jer dari yang mula tadi. Gaul sebati dan pastikan rasanya cukup.

6. Bila dan siap agak-agak le nak kuahnya macam mana ada sikit ker atau kering terus, masukkan daun kunyit yang dihiris halus dan daun limau purut. Terus tutup api supaya baunya tak hilang. Biasanya saya biar ada kuah sikit sedap nak makan nanti. Gaul sebati dan dah siap. Daun limau purut dimasuk akhir supaya tak keluar rasa pahit dari daun tu. Biar dapat aromanya je.


** Rendang minang tu biasanya jenis kering. So kalau nak pure minang kena biarkan kering dulu baru masukkan daun-daun tu tapi kalau biasa orang biar berkuah jadi leh follow resepi saya ni le.

** Bahan utama daging tu beleh digantikan dengan lain-lain lauk pauk seperti ayam atau kerang. Sedapppp.



Sekarang dah siap boleh le di hidangkan bersama ketupat pulut, ketupat nasi, ketupat daun palas atau nasi je terus hihi. Memang sedap kalau tak tak le jadi warisan turun temurukan. Tapi versi saya ni belum jadi warisan gi sebab anak-anak kecik lagi hihihi. Tapi tak der bezanya pun sebab saya pun follow warisan nenek moyang kita heheh. Ubah suai sikit ikut apa yang ada kat dapur ni dan dengan produk 2 Puteri je heheh. Selamat mencuba ;)


Jumaat, 26 Oktober 2012

Kemeriahan Yang Makin Menghilang


Selamat Hari Raya Aidiladha semua. Hari raya ni penduduk kat belah Kelantan dan Terengganu sure beraya sakan kan. Betul ke? Ada sesapa kat sini yang jalankan ibadah korban? Kami masih belum mampu walau keinginan tu tinggi. Insyaallah may be next time ;)



Aidiladha... Kami kat sini agak kurang meraikannya. Entah le sebenarnya dulu waktu Allahyarham datuk saya, Haji K.S Mohammed masih ada, kami raikan Hari Raya Aidiladha ni sama je dengan Hari Raya Aidilfitri. Meriahnya sama. Bukan takat ada ketupat lemang tapi siap dengan memasing berbaju cantik segak bergaya. Anak-anak kecil tetap dapat duit raya macam waktu sambutan Hari Raya Aidilfitri. Seronok sangat waktu tu.


Tapi bila Allahyarham pergi tinggalkan kami, semua tu makin lama makin hilang. Entah le saya pun tak tahu kenapa mungkin sebabkan dah tak der ketua keluarga jadi memasing mula tuju arah yang berbeza. Tradisi makin lupus. Nak-nak pulak bila sepupu-sepupu pun dah makin membesar dan punya keluarga masing-masing. Makin menjauh le.


Kadang tu memang le sebelah pihak nak raikannya. Tapi sebelah pihak lagi agak kurang bersemangat maka kemeriahan tu makin lenyap le. Akhirnya tengok orang je la raikan hari yang mulia ini sambil mulut dan hati mula berkata "Kat sana best raikannya. Tapi kat sini booooring". Ada jugak yang ambil kesempatan bercuti kat rumah sedara atau kenalan yang tinggal di negeri-negeri berkenaan semata-mata nak merasai kemeriahan sambutan Aidiladha kat sana.

Kemeriahan terasa andai bersama keluarga. Namun jika berpakaian kemas dan cantik makin terasa nikmatnya

Tapi apa yang pasti sebenarnya semua tu datang dari dalam diri memasing. Bukan orang lain yang tentukannya. Kalau benar kita nak raikan, walau dimana sahaja pasti boleh. Tak perlu berbelanja lebih atau lakukan sesuatu yang luar biasa. Cukup sekadar bangun awal dan kenakan pakaian yang bersih dan kemas. Kemudian tujulah ke masjid untuk bersolat raya. Selepas itu bersalaman dan menjamu selera dengan juadah raya yang disediakan. Kemudian keluarlah raikan dengan menziarahi sanak saudara. Pasti kemeriahan akan terasa. Buat anak kecil kalau agak-agak kureng budget, sediakan duit raya cukup sekadar 50 sen yang diletakkan di dalam sampul raya. Insyaallah kemeriahan tetap terasa.


Rindunya saya akan kemeriahan dulu-dulu. Kenangan yang tak mungkin hilang dalam ingatan. Kasihan pulak saya pada anak-anak sebab kemeriahan yang saya kecapi dulu tidak dapat mereka kecapi lagi. Akan saya usahkan Insyaallah agar tradisi ini akan semarak semula. Ikatan kekeluargaan akan bertambah kukuh dan kebahagiaan akan terasa Insyaallah. Oklah nak keluar untuk berziarah pula.


Salam Aidiladha!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...