Khamis, 31 Mei 2012

Burger Malaysia


Assalamualaikum.


Dah makan? Breakfast apa tadi?


Kami sekeluarga cuma makan Burger Malaysia je tadi. Alah resepi ambik kat MyResepi le macam biasa. Kat situ memang banyak resepi yang best-best.


Alhamdulillah Burger Malaysia ni dah banyak kali saya buat. Memang tak menghampakan. Siap diolah untuk hasilkan lain-lain kuih. Buat doh pizza la, roti la. Main belasah je janji sedap ok la kan.


Kali ni meh saya kongsikan resepinya. Dah banyak kali buat baru ingat nak kongsi resepi hahah. Bukan apa, gambarnya tak dapat snap sendiri so tu yang malas nak kongsi resepi. Tapi memandangkan dah lama saya tak kongsi apa-apa resepi. Kena gak ler kongsikan kat sini resepi simple yang biasa saya buat. Pinjam kengkawan blogger punya gambar ok kot. Mintak halalkan semua-semua gambar milik kawan-kawan yang saya kongsi kat sini ya.


BURGER MALAYSIA

By: Yani, MyResepi
Hasil: 8 - 12 biji besar bola tenis


Bahan-bahan:
  • 200g tepung gandum
  • 140ml susu/air
  • 2 sudu besar butter/margarine - biasanya saya guna margarine je
  • 2 1/2 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil dry yeast
  • Minyak untuk menggoreng

Caranya:

1.  Campur semua bahan dan uli sehingga tidak melekat ditangan. Buat bulat besar. Tutup guna kain kering dan biarkan ianya mengembang sehingga 2 kali ganda.


2.   Tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin dari doh tu. Kemudian bahagikan kepada beberapa bahagian dan bulat-bulat kecil. Biasanya saya buat dalam 25g je besarnya sebab kang masak dia mengembang. Biar dia mengembang lagi 2 kali ganda.


3.  Goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga perang kekuningan.


4.  Belah 2 roti yang dah siap dimasak. Hati-hati jangan sampai putus. Isi dengan sambal tumis ikan bilis dan letakkan sekeping timun yang telah dihiris nipis tadi.


Penting ni..

** Tambah tepung sikit-sikit masa menguli kali terakhir sebelum masak supaya mudah ia membentuk.

** 1 cawan tepung tu lebih kurang 125g. Jadi kalau nak buat 200g guna 2 cawan atau kurangkan sedikit. Kalau guna sukatan 2 cawan Insyaallah tak akan lembik. Kena uli lama-lama sikit biar sampai lembut.





** Doh boleh buat mini pizza, donut, pau dan lain-lain hidangan roti. Saya kadang-kadang bakar je. Sapu sikit margarine/telur kat atasnya. Than tabur bijan. Sedap gak ler.

** Kalau doh tu pecah-pecah mungkin sebab tak tutup doh betul-betul. Bukan setakat gentel-gentel jadi bulat saja. Kena tutup doh rapat-rapat macam kena tutup inti kat dalam. Tutup rapat-rapat supaya bentuk pun bulat dan cantik.

** Kalau nak doh bulat-bulat dan cantik, masa kita buat doh tu bulat-bulat kecil biar doh tu selama 30 minit. Kemudian terbalikkan doh lembut tadi supaya permukaan tadi kering sedikit selama 10 minit. Bila goreng, guna api perlahan supaya kulitnya jadi cantik, tidak kasar serta bahagian dalamnya masak.


** Kalau doh tu tak kembang, sebabnya terlebih garam. Jadi pastikan kalau butter yang digunakan dah ada garam tak payah tambah banyak garam lagi. Lagi satu penyebab doh bantat adlah sebab terlebih butter.

** Sukatan lain: 1 sudu besar butter, 3/4 cawan air, 2 cawan tepung, 1 sudu besar gula, 1/4 sudu kecil garam, 1 sudu kecil (4g) yis. Letak air sahaja sebab kang takut muak kalau guna susu.


Ok nanti cubalah. Insyaallah sedap :) Mr Hb cukup suka.


Selasa, 29 Mei 2012

Bila Masuk Test


Assalamualaikum.


Kali ni saya nak cerita pasal keputusan ujian psikometrik dari UKM yang saya duduki. Alah ujian tu melalui internet je amiknya. Bayar RM50.00 pastu pergi pejabat Mara untuk ambil ujian.




Sebenarnya saya ambil test tu pada 2hb March 2012 tu hari. Tapi tah cam ner keputusannya hilang pulak dari simpanan. Melilau saya cari. Habis satu rumah kena selongkar.


Alih-alih masa buka poket beg sekolah anak jumpa kat sana. Hisss rupanya dia tolong ambil simpan. Aduhaiii punya ler letih kiarang suami isteri mencarinya. Punya ler simpan sampai dekat 2 bulan cari tak jumpa-jumpa. Anyway thanks sayang sebab tolong simpan untuk ibu heheh.


Yang saya bangga sangat nak kongsikan tu bukannya apa, tapi itu ler keputusan ujian yang paling best yang pernah saya dapat heheh (iye ker???). Tak lah... Dulu masa sekolah pun pandai apa.


Ujian ni sebenarnya melibatkan psikologi dan kematangan kita. Diduduki untuk memperlihatkan bahawa kita sebagai owner sesebuah syarikat ni mampu kendalikan sebarang masalah dan memang ada fokus dalam perniagaan. Heheh itu pendapat saya je le sebab soalannya lebih kurang macam tu.


Mula nak dudukinya punya ler duk dak..duk dak.. risau gak kalau-kalau percentagenya tak memuaskan.


Nak masuk menjawab Mr Hb pesan macam-macam. Doa tak putus-putus. Mengalahkan nak masuk exam SPM le pulak rasanya.


Masa jawab tu saya cuma tawakkal dan jawab ikut apa yang saya fikirkan betul. Jawapannya lebih kepada ya atau tidak je. Tapi disebabkan itu lagi letih nak pilih. Kena betul-betul kita fikir logik. Kalau silap sikit harus naya sebab nanti mungkin akan diulang soalan yang sama dalam bentuk yang berbeza. Nak padam jawapan lama memang tak boleh punya. Sekali jawab kira muktamat dah. Kang kalau tak sama harus effect keputusan ujian.

Lebih kurang cam gini ler situasinya. Cuma saya sorang je hahah

Lepas ujian tu terus dapat keputusan. Pergh... Tak sangka hebat ler juga saya ni heheh (xsen ler pulak). Pegawai yang jaga tu cakap saya ler yang dapat keputusan tertinggi dalam ujian yang diadakan. Tapi takat dari Daerah Kerian je la. Daerah lain tak tahu ler pulak saya heheh. Apa pun masih berbangga hahaha.


Apa pun syukur Alhamdulillah.... itu wajib kita ucapkan kan. Dia yang bagi kepandaian dan ilmu psikologi ni kat saya. Alhamdulillah :)


                                 1.   Self-Awareness      :      81.9% (average 66.75%)

                                 2.   Self-Regulation     :      82.23% (average 73.45%)

                                 3.   Self-Motivation     :      98.4% (average 73.87%)

                                 4.   Empathy                 :      97.07% (average 77.81%)

                                 5.   Social Skill             :      96.22% (average 72.22%)

                                 6.   Spirituality             :      97.78% (average 72.76%)

                                 7.   Maturity                :      100% (average 76.85%)


Matuarity 100%. Pergh... Matang sungguh rupanya saya ni hahah. Syukur Alhamdulillah :)


Sebenarnya bukan nak menunjuk tapi ni tanda kenangan pada anak-anak. Bukan apa sekurang-kurangnya nanti bila diarang besar diarang akan sedar yang ibunya ni pandai le juga heheh. Mana ler nak tahu kot-kot kertas result hilang lagi heheh.

Sejarah & Pelancongan : Parit Buntar Perak


Assalamualaikum,

Dah bersarapan semua? Makan apa tadi? Kami sekeluarga tak sempat breakfast tadi sebab tergocoh-gocoh ke Parit Buntar. Ada appointment. Janji pukul 9.00 pagi so nak siap anak le bagai sampai tak sempat bersarapan. Punya le tahan lapar. Sib baik tak keluar bunyi-bunyian dalam perut hahah. Kot dia bergurindam harus naya heheh. Jam 11.20 pagi baru selesai berdiscuss. Adoi makkk...


Sebut Pasal Parit Buntar.... Meh saya ceritakan serba sedikit pasal daerah ni. Nak tahu tak sejarah dan kelebihannya????


Parit Buntar terletak di utara negeri Perak, bersempadan dengan Bandar Baharu, Kedah dan Nibong Tebal, Pulau Pinang. Parit Buntar terletak berhampiran dengan Bagan Serai, Kuala Kurau, Tanjung Piandang dan Bagan Tiang.


Daerah Kerian Perak merupakan sebuah daerah yang terkenal dengan jolokan Jelapang Padi Negeri Perak. Parit Buntar merupakan pusat pentadbiran Majlis Daerah Kerian (MDK). Oleh itu setiap penduduk di Daerah Kerian ini akan bertumpu ke Parit Buntar utuk sebarang urusan yang melibatkan agensi kerajaan.


Suatu masa dahulu, Parit Buntar juga tidak terkecuali daripada dijajah oleh kuasa asing. Sekitar 1800, Parit Buntar pernah dijajah oleh kuasa British. Nama Parit Buntar diambil sempena dengan nama seorang pemimpin masyarakat yang terkenal pada suatu masa dahulu iaitu Tok Buntar. Allahyarham bersama dengan pengikutnya pada masa itu telah membina parit dari Sungai Kerian untuk dialirkan ke sawah-sawah padi. Pada waktu itu orang ramai menggelar parit tersebut dengan panggilan Parit Tok Buntar. Lama-kelamaan nama tersebut kemudiannya hanya disebut dengan panggilan Parit Buntar sehinggalah sekarang.



Parit Buntar terletak di sebelah Utara Negeri Perak dan bersempadan dengan dua buah negeri iaitu Bandar Baharu, Kedah dan juga Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan Pulau Pinang. Selain terkenal sebagai daerah yang subur dengan hasil buminya, ia juga turut terkenal dengan keindahan alam semula jadinya. Berkeluasan kira-kira 90,000km persegi, Daerah Kerian mempunyai tanah rata dan subur serta dua daripada mukim yang terdapat di daerah ini merupakan kawasan yang berbukit iaitu Gunung Semanggol dan Beriah.


Parit Buntar yang menjadi pusat pentadbiran bagi Daerah Kerian merupakan sebuah penempatan yang semakin membangun. Jika dahulu, Parit Buntar hanyalah sebuah pekan kecil, namun lama-kelamaan, ia telah berkembang sehinggalah menjadi sebuah bandar yang teratur serta membangun. Segala kemudahan lengkap tersedia di Bandar Parit Buntar.


Parit Buntar terdiri daripada gabungan bandar lama dan bandar baru. Pentadbiran Majlis Daerah Kerian di Parit Buntar ini mempunyai lapan buah mukim di bawahnya. Antaranya ialah Parit Buntar, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Bagan Tiang, Bagan Serai, Gunung Semanggol, Beriah dan juga Selinsing.




Mercu tanda bagi Bandar Parit Buntar adalah Menara Jam yang terletak di Pekan Lama Parit Buntar. Ia adalah lambang kemajuan dan kemakmuran penduduk Parit Buntar. Menara jam ini dibina pada awal tahun 1961 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 24 Ogos 1961. Menara ini didirikan oleh Lim Chong Chee PB.


Parit Buntar dihubungkan dengan Bandar Baharu melalui jambatan yang melintasi Sungai Kerian. Sungai ini juga mencatat sejarah apabila sekitar pertengahan tahun 1970an tragedi feri karam telah menyebabkan ramai yang terkorban.


Pinggiran Sungai Kerian yang terletak di Pekan Lama Parit Buntar adalah sebuah taman rekreasi yang sering menjadi kunjungan penduduk di sekitar Parit Buntar dan orang luar. Indah dan dekorasinya menarik. Itu huraian ringkas yang dapat menjelaskan keistimewaan Pinggiran Sungai Kerian. Selain untuk beriadah bersama keluarga, ada juga yang datang untuk memancing. Bagi para belia dan kaki pancing, ramai yang akan berkunjung ke Pinggiran Sungai Kerian pada waktu pagi dan petang.


Bagi penduduk sekitar seperti di kawasan kampung-kampung turut menjadikan Parit Buntar sebagai lubuk mencari rezeki dan tempat untuk mencari barang-barang keperluan seperti pakaian dan sebagainya.  Dahulu, di tepi sungai ini terkenal dengan gerai makan yang dipanggil Terapung. Ketika itu Terapung menjadi tempat tumpuan utama masyarakat di Parit Buntar. Ketika dahulu, kedai jalan tepi sungai ini merupakan tempat utama untuk orang-orang Parit Buntar membeli baju-baju sukan yang berjenama dan juga barangan lain.


Terdapat beberapa kampung yang terletak berhampiran dengan Bandar Parit Buntar antaranya ialah Titi Serong, Kampung Parit Tok Ngah, Kampung Parit Haji Wahab,  Tanah Kebun dan beberapa buah kampung lagi. Kampung-kampung ini mempunyai sosioekonomi yang sama iaitu melalui sektor pertanian. Penduduk kampung di sekitar Parit Buntar menjadikan sawah padi sebagai sumber pendapatan utama mereka. Penanaman padi di sini dilakukan dua kali setahun. Malah jika kena pada musimnya, pemandangan sawah padi yang menghijau dan ada masanya kuning keemasan pasti membuatkan pengunjung merindui pemandangan di sini.


Sawah padi di Tanjung Piandang, Parit Buntar


Bagi yang membesar di bandar pastinya tidak pernah merasa pengalaman menikmati udara nyaman di pinggir sawah. Apatah lagi bermain lumpur apabila air dari parit dibiarkan memenuhi sawah padi bila tiba musim menanam ataupun menabur benih padi. Apa yang pasti pemandangan sawah padi ketika itu seolah-olah lautan yang terbentang luas. Bagi masyarakat di sekitar Parit Buntar, pemandangan sawah padi merupakan penyeri dan juga sumber pendapatan penduduk setempat.


Selain daripada itu, penduduk yang tinggal di Tanjung Piandang dan Bagan Tiang yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari Bandar Parit Buntar menjadi pelantar utama bagi pelaut. Proses jual beli juga dilakukan di sini. Kebanyakan penduduk di sini menjadi nelayan pesisir pantai dan laut dalam. Peralatan yang digunakan adalah seperti pancing, jala, pukat dan sampan bagi tangkapan yang dilakukan di pesisir pantai. Bagi nelayan laut dalam pula, penggunaan bot-bot besar adalah lebih utama selain penggunaan pukat pelbagai jenis sama ada kecil atau besar. Hasil tangkapan yang banyak selalunya dijual dan sedikit diperuntukkan untuk makan sendiri.


Selain daripada itu, penduduk di sekitar Parit Buntar juga menjadikan sungai sebagai punca rezeki selain sebagai hobi pada masa lapang. Antara sungai yang menjadi tumpuan penduduk ialah Sungai Kerian dan Sungai Kurau. Peralatan yang digunakan untuk menangkap ikan ialah pancing, bubu dan tukun.


Hubungan antara penduduk sekitar dengan Bandar Parit Buntar tentunya melalui  hubungan sosioekonomi. Selain daripada mereka datang ke Parit Buntar untuk membeli belah, ada juga penduduk sekitar yang bekerja di situ. Bandar Parit Buntar menempatkan pelbagai premis jualan, bangunan kerajaan, institusi perbankan, hospital dan sebagainya. Maka segala urusan tertumpu di bandar ini.







Pantai Ban Pecah yang terletak di kawasan Parit Buntar dan merupakan sebuah kawasan istirehat yang terkenal di kalangan penduduk setempat. Kehalusan pantai serta airnya yang biru menjadi daya tarikan utama kepada pengunjung. Pantai Ban Pecah yang berada di laluan Selat Melaka sangat popular di kalangan kaki pancing. Sebuah pelantar memancing telah dibina khas untuk mereka berteduh dari terik matahari. Bot-bot nelayan yang banyak berlabuh di sekitar Pantai Ban Pecah menandakan bahawa aktiviti menangkap ikan turut dijalankan di sini. Antara jenis-jenis ikan yang boleh di dapati di Pantai Ban Pecah ialah ikan ketuka, ikan belukang dan ikan sembilang.


Dahulu, jarak Pantai Ban Pecah dengan kawasan penempatan penduduk kampung amat jauh, iaitu lebih daripada 200 kilometer. Namun kononnya akibat terkena sumpahan, kawasan Pantai Ban Pecah menjadi semakin luas.






Menurut cerita penduduk sekitar di sini, terdapat sepasang anak yatim yang telah dijaga oleh bapa saudara mereka. Mereka mempunyai harta peninggalan keluarga yang banyak. Namun, kerana sikap tamak telah menguasai diri, bapa saudara mereka telah melanggar amanat yang telah dipertanggungjawabkan.
Merasakan diri mereka teraniayai, anak-anak yatim ini telah berdoa meminta pembalasan daripada Tuhan. Mereka juga bersumpah kawasan Pantai Ban Pecah akan menjadi luas mengikut banyaknya harta mereka yang telah digunakan. Tidak lama selepas itu, hakisan tanah telah berlaku di sekitar kawasan pantai dan menenggelamkan sawah-sawah padi serta berpuluh-puluh buah rumah penduduk kampung termasuk bapa saudara mereka.


Kini jarak antara Pantai Ban Pecah dengan kawasan penempatan penduduk tidak pun sampai 50 kilometer. Ketika berlakunya Tsunami pada 2006, Pantai Ban Pecah turut terjejas dan mengalami kemusnahan. Namun, kerosakan yang berlaku tidak sehebat kemusnahan di Pulau Pinang.




Salah sebuah sekolah yang terdapat di Parit Buntar ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Buntar yang kini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang yang telah dibina sekitar tahun 1969 bersempena dengan nama Dato’ Panglima Bukit Gantang Tuan Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Aziz iaitu Menteri Besar Perak yang pertama


Balai Polis Parit Buntar pula dibina sejak tahun 1929. Pada asalnya bangunan balai polis ini hanya dibina menggunakan papan sahaja. Lama-kelamaan, barulah bangunan yang ada sekarang didirikan. Pada 13 Mac 1980, pengubahsuaian daripada bangunan papan kepada batu bata dimulakan. Balai Polis Parit Buntar telah dirasmikan oleh Y.A.S Tuan George Boucher, KMN, Pesuruhjaya Kanan Polis II, Ketua Cawangan Khas Perak pada 11 Mei 1985 bersamaan 21 Syaaban 1405.


Hospital Besar Parit Buntar

Hospital Parit Buntar merupakan satu-satunya hospital yang terdapat dalam Daerah Kerian. Hospital ini menyediakan pelbagai jenis rawatan kepada pesakit dan ia mula beroperasi pada sekitar tahun 1930 lagi. Hospital ini banyak berjasa kepada penduduk sekitar Parit Buntar sejak sekian lama. Bangunan asal hospital ini merupakan bangunan Sekolah Methodist Parit Buntar.


Bagi penggemar Char Kueyteow boleh le singgah Gerai Char Kueyteow Along yang terletak di Kampung Kedah, Parit Buntar berdekatan dengan susur masuk ke pekan Parit Buntar. Diarang buka sekitar jam 6.00 petang. Sure berbaloi sebab memang terbaik di Parit Buntar dan kawasan sekitar. Nak makan otak-otak pun ada tapi ikut nasib lah yer sebab cepat habisnya.


Antara anak kelahiran Parit Buntar yang berjaya pada masa kini adalah Mohd Murali Abdullah yang merupakan Pengarah Terbaik Drama di Anugerah Skrin (ASK) 2010 dan 2008. Kisah perjalanan hidupnya dari awal boleh dibaca di sini. 


Selain daripada itu seorang lagi yang berjaya ialah Abu Hassan atau lebih dikenali sebagai Romzy. Beliau merupakan pemilik Romzy Studio yang menawarkan perkhidmatan menyewa peralatan dan pakaian pengantin. Butik pertamanya telah dibuka sejak tahun 1991 lagi di pekan Parit Buntar sering menjadi pilihan artis, VIP dan orang ramai. Memiliki cawangan di Kedah dan Perlis, Romzy Studio turut menerima tempahan pelanggan dari serata negeri di Pulau Pinang dan Kedah selain dari Perak dan Perlis.


Mufti Perak (kesayangan hamba), Dato' Seri (Dr) Haji Harussani Zakaria juga merupakan anak kelahiran Parit Buntar, Perak. Beliau dilahirkan pada 8 April 1939 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Kedah, Parit Buntar. Kini beliau menjadi Mufti yang amat disegani masyarakat terutama di Perak ni :)


Itulah serba sedikit pasal Parit Buntar yang dapat saya kongsikan bersama. Nak tahu lebih lanjut leh le rujuk di sini. Ni dah cuti sekolah ni boleh le bawa anak-anak jalan-jalan ke Parit Buntar dan  






Isnin, 28 Mei 2012

Jalan-jalan Dapat????


Assalamualaikum semua.


Agak lama yer saya tinggalkan blog ni. Sebenarnya baru je balik dari hantar sample produk Sos Char Kueyteow 2 Puteri di Tesco Kepong.

Tesco Kepong Village
Kek Sogo ni. Humang ai..memang ramai yang shopping. Tapi idak le beli kek bawah ni sebab maso tu jual baju bebudak. Esei tak muek dah....

Mulanya ingat ndak pergi jab je. Rupanya malam semalam (Ahad) baru balik. Semuanya gara-gara singgah shopping baju baru esei kek Sogo nun ha... Lopeh tu meraikan sanak saudara yang baru balik dari Mekkah menerjakan umrah yang kebetulan pulang pada Jumaat tu juga.


Bab Sos Char Kueyteow 2 Puteri ni tak tahu lagi statusnya sebab diarang akan contact berkenaan statusnya bulan 8 ni Insyaallah. Harap-harap respond baik sangat-sangat le hendaknya aaamiin. Nak pergi singgah sebelum balik tu hari tak sempat. Insyaallah Jumaat ni nak kena jemput mak ayah balik dari umrah so kalau sempat ndak singgah jab tengok kot ada diarang letak di rak.


Jemaah umrah?? Alhamdulillah... Mereka semuanya sihat dan memasing happy semacam jer bercerita pengalaman kat sana. Jeles ai yang kena tinggal ni.

Auncle, Haji Abdul Aziz K.S Mohammad with my mommy, Hajah Nafisah K.S Mohammad


Berkampung di Bangi, di rumah bapa saudara terchenta, Haji Abdul Aziz K.S Mohammad selama 3 hari 2 malam memang best ah. Rasa tak mo balik pun ada hahaha. Tapi bukan takat berkampung je, acara bertandang pun wajib dijalankan. Al-maklumlah ramai sedara di sana.


Malam hari Jumaat tu disebabkan dah terkena jangkitan malas masak so kitarang pergi menikmati hidangan di Restoran D'Jabris - Ikan Bakar Serkam milik Haji Abdul Jabbar K.S Mohammad. Kitarang angkut geng ramai nak bagi meriah sikit hahah. Kiranya kena sambung-sambung meja le nak bagi dapat satu line makan. Memang best sangat. Dengan menikmati hidangan yang 'berpppp' Alhamdulillah lazat  dan gossip bergossip (eh balik umrah pun ada gossip ker???). Tak sedar perut dah terlebih full hahah.


Memang best ler jamah dapat ikan bakar, lala, kepah, sayur kailan dan sup. Lepas makan sessi bergossip pula. Kami suami isteri dalam bab ni selalunya bertemankan bergelas-gelas air. itu yang buatkan perut ni boyot sangat jadinya.


D'Jabris Ikan Bakar Serkam
Persiaran Pusat Bandar 1, 
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor
(Lokasi: Bersebelahan bangunan KLIA Holding, Belakang D'one Steak)

Open time: 8.00 am - 12.30 pm setiap hari
(port ikan bakar dibuka jam 6.00 pm on ward)

**promosi free ni kena bagi diskaun yer next visit












Memang best sangat malam tu. Terasa erat balik ikatan kekeluargaan. Hheeheh jangan salah faham... Bukan ikatan kekeluargaan tu tak kuat tapi yer la kita kan orang jauh bukan selalu ada rezeki ndak joint sama. Yang tinggal kat-kat situ ada ler peluangnya.


Terasa rindu pulak pada Allahyarham Haji K.S Mohammad ngan Allahyarhamah Hajah Yong Abdullah. Really...really misssssss them so much. Kalau dulu memang masa kecil-kecil memang selalu dapat lakukan aktiviti macam ni.


Balik rumah dengan perut yang hampir ndak melotop kekenyangan, terus kitarang semua masuk bilik memasing dan lakukan aktiviti yang paling best ketika itu - tidur. Memang nyenyak sangat-sangat ler tidur malam tu hahah.




Pullman Putrajaya


Cer teka di presint manakah letaknya bangunan ini??? Sapa betul saya hadiahkan ceklat sebiji :)


Keesokan harinya bertandang pula rumah Hajah Siti Esah K.S Mohammad di Putrajaya sebelum bergerak balik. Pekena kari ikan masakan mak sedara yang marvellous memang bertambah ler heheh. So lepas segala-galanya selesai; makan, sembang dan beberapa aktiviti yang diluar jangkaan berlaku kitarang pun berangkat pulang sekitar jam 5 petang.


Memang best betul kenangan bersama mak dan bapa saudara juga sepupu sepapat semua. Insyaallah kot ada rezeki harap-harap dapat macam ni selalu. Terima kasih semua atas layanan dan kenangan yang terindah. Paling syukur anak-anak pun pandai sangat bawa diri. Itu yang paling-paling melegaka hati kami suami isteri. Alhamdulillah...








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...