Selasa, 28 Februari 2012

Sos Char Kueyteow 2 Puteri lah lagiii



Itu hari Mr Hb pergi Mydin Hypermarket Subang Jaya sebab ada appointment dengan officer kat situ. Alang-alang dah gi ke sana, Mr Hb pun pergi ler melawat Sos Char Kueyteow 2 Puteri. Usha-usha duduk letaknya Sos Char Kueyteow 2 Puteri ni kat Pasaraya Mydin tu.

Buat yang berminat nak cari Sos Char Kueyteow 2 Puteri terletak di lorong Agrobazar. Harganya RM4.95 jer sebotol offer yang Mydin bagi.

Untuk lain-lain cawangan pun begitu juga. Lorong Agrobazar dan harganya RM4.95 sebotol. Memang terbaik lah :)


Rabu, 22 Februari 2012

Rahsia Surah Al-Kautsar



<<<Rahsia Surah Al-Kautsar>>>
Surah Ni’mat Yang Banyak (Surah (108) - Makkiyah - 3 ayat)


Ayat 1 - Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai
Muhammad) ni'mat yang melimpah-ruah

Ayat 2 - Kerana itu dirikanlah solah dan berkorbanlah dengan ikhlas kerana
Tuhanmu.

Ayat 3 - Sesungguhnya orang yang benci kepada engkau dialah orang yang putus
keturunan.


***********
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah yang bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
 
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

http://kmmp.faperta.ugm.ac.id/

Si Dia Berpemergian Lagi...

Semalam Mr Hb bertolak ke KL lagi untuk beberapa appointment hari ni. Macam biasa la bertolak dengan bas ke Puduraya. Ini semua kerana pengaruh Datuk Mydin kitarang punya icon dalam berniaga. Dia dulu pun sebelum berjaya bersusah-susah gak dengan bas untuk dapatkan stok untuk diletakkan di Mydin. Cerita awal penubuhannya boleh dirujuk di http://en.wikipedia.org/wiki/Mydin.

Asalnya ingat nak bertolak awal tapi aku kena siapkan beberapa dokumen untuk diteliti oleh our beloved cousin (heheh ada apa-apa ler nih macam bodek je heheh) so dia keluar umah lewat ler sikit. Nak buat macam mana dulu masa sekolah tido tak sangka lak dah tetua nih nak kena practikkan semua tu so kena cari cikgu ler untuk buat check kang salah pulak :)

Dia ke stesyen bas Taiping dalam kul 6.30 petang tapi terlepas bas pulak walaupun dah nampak sangat di depan mata. Mana nak parking so melepas ler sudah. Cari-cari tiket dapat ler jam 8.30 malam punya. Sian lak dengar sebab berapa jam tuh nak kena tunggu sebelum bertolak ke KL. Dah ler kesejukan sebab hujan lebat sangat di Kamunting. Kang sampai kul 12.30 malam pastinya.


Inikah Cik bus driver tu????
Yang lagi tak bestnya kang nak kena minta tolong Mr Saiful (our cousin) datang jemput pulak. Lewat tu nak bertandang pulak rumah orang. Rasa bersalah pulak sebab susah-susahkan orang ni.  Selalunya Mr Hb jadi gelandangan ja kat Puduraya tu sementara tunggu hari siang tapi disebabkan ada hal lain selain daripada nak minta tolong Mr Saiful check hasil kerjaku, malam semalam Mr Hb tumpang ler rumah dia.

Sepanjang perjalanan cik driver bus pulak tak berenti kat mana-mana R&R. Terus je ke KL. Sib baik ada sorang brother tu cakap yang dia nak ke toilet kot tak maunya ada yang ketar lutut menahannya heheh.

Pagi tadi sebelum breakfastMr Hb call cerita ler pasal hal semalam. Macam biasa ler kitarang kalau berjauhan memang sikit-sikit call sikit-sikit call. Segala inci langkah nak bercerita. Untung si Celcom heheh.

Lepas breakfast dia bersama Mr Saiful bertolak ke Mydin. Bincang pasal nak tambah lagi pasaran Sos Char Kueyteow 2 Puteri di cawangan Mydin Hypermarket yang lain pula. Jadinya Insyaallah Sos Char Kueyteow 2 Puteri akan masuk Mydin Hypermarket Manjoi Perak bulan April ni. Satu lagi kat Meru belum siap lagi kot. Kalau dah siap akan dipasarkan di situ juga. Tengah dipertimbangkan oleh Mr Hb untuk memasarkan kat cawangan Johor juga sebab dia yang nak kena hantar. Boss kat Mydin dok tanya gak kat dia sanggup tak gi sampai Johor. Kalau ikut aku for sure sanggup heheh.

Share image Mr Google
Selain itu risik-risik gak ler kat Boss tu kot-kot dapat pasarkan Cili Boh 2 Puteri sama. Kot dapat pasarkan kat Mydin best gak. Insyaallah hasrat itu akan tertunai tak lama lagi sebab sekarang adalah masa untuk men'upgrade'kan (apa punya bahasa daa) packing Cili Boh 2 Puteri terlebih dahulu - nak kena perah otak pulak ler lepas ni. Ikut cerita Mr Hb kena tunggu cawangan Mydin Manjoi siap dulu baru boleh bincang sebab produk basah macam cili boh diarang mahu yang cawangan berdekatan dahulu pasarkan sebelum lajak ke cawangan lain. Alhamdulillah gak tu...Ada masa untuk siap sediakan apa yang patut untuk cili boh ni.

Selama ni keluaran Cili Boh 2 Puteri takat hantar di pasar-pasar basah dan kedai runcit je. Kalau ada tempahan pun selalunya untuk kenduri. Pengguna kat tempat-tempat sebegini selalunya tak ler ramai sangat berbanding pasaraya besar. So harap sangat dapat masuk pasaraya juga. Supaya dapat lebih ramai penggunanya...Aaaminn.

Eh dah lajak cerita pasal produk Cili Boh 2 Puteri lak hehhe. Bukan apa semangat lain macam sikit kalau cerita pasal produk ni. Mr Hb skang tah ler apa pulak projeknya. Tengah tunggu lagi call dari dia untuk updatekan cerita heheh. Tak sabar tunggu dia balik. Rindu dah ni ;p


Sabtu, 18 Februari 2012

Baby... Afif Khadyeeja Hairol


Tadi masa belek-belek laman blog yang wajib dibuka saban kali ternampak satu artikel suntingan kak Jee dalam Dunia dari Dapur Kak Jee. Artikelnya pasal ORANG JAWA ADA PETUA TENTUKAN JANTINA ANAK...DENGAN IZIN ALLAH.

Isk..mula bergetar rasa hati ni sebab teringin nak belajar dari kak Jee. Dah lama hati nih terasa nak tambah sorang lagi baby. Terbau-bau wanginya tubuh badan diarang. Bauan syurga (jangan salah sangka pula itu pada saya la sebab diarang ni mana ada dosa). Kulitnya yang lembut dan halus...Ya Allah tak tahan rasanya hati ini. Tambah-tambah bila dah diserikan dengan 2 puteri yang lincah, teringin sangat nak dapatkan boboi pula. Kalau boleh 2 orang jugak ler ;)


Tapi...bila difikir-fikirkan balik mampu ke nak jaga dia, nak ulang balik semua perkara. Mampu ke dengan keadaan kami ni?

Dalam keluarga nih sebaik sahaja ditubuhkan company Rm Ninetysixbillion sejak 1 1/2 tahun yang lalu, boleh dikatakan banyak yang perlu dibuat untuk membesarkan syarikat. Banyak perancangan yang dibuat oleh kami. Banyak juga pengorbanan yang perlu dilakukan. Segala lubang digali segala dugaan ditempuhi. Pada masa ini, semua tu diharungi bersama-sama 2 puteri, Afif Khadyeeja dan Izaz Rashyeeda.

Bila pergi berjualan pun wajib usung diarang bersama. Mencari lubang bahan mentah pun diarang ikut serta. Nak buat macam mana, dah tak gajikan pembantu jadi semua tu kena tanggung ler bersama. Nak tumpangkan mertua kesian pulak diarang dah tua. Dengan kelincahan 2 puteri nih memang tak terlayan nantinya. Nak gajikan pembantu pun nak buat apa sebab apa gunanya berhenti kerja dan buat kerja di rumah kalau nak bagi orang lain jaga gak. Jadi kalau ada si kecil lagi sorang alahai kesiannya...

Lagipun masa pantangkan Izaz tu hari Mr Hb yang kena jaga semua. Jadi pastinya kalau pantangkan yang akan datang ni pun dia. Aduh kesiannya, mana lagi dengan kita yang dalam pantang, puteri yang ada, syarikat yang juga harapkan tumpuan lebih serta baby. Pastinya tak terdaya si Mr Hb.

Lagi pulak ikut pengalaman mengandungkan 2 puteri ni baru 2 bulan pun dah macam nak masuk 5 bulan badan nih. So pastinya kali ni pun macam tu jugak. Akibatnya baru mengandung 7 bulan dah semput tak dapat buat apa sangat dah sampai le melahirkan diarang. Akibatnya asti Mr Hb yang kena take over semua. Yang peliknya perut besar bukan main tapi hasilnya yang keluar cuma 3.1kg dan 3.05kg je isk...isk...isk.... (Itula pasal le kot badan nih maintain menggebu juga sebab turunnya sikit jer heheh).

Lagipun permintaan Mr Hb kalau boleh yang kali ni biar la lelaki pulak. Itu yang buatkan hati terlebih gusar. Memang ler sendiri pun teringin nak lelaki tapi bila ada harapan yang besar dari Mr Hb lagi la terasa beratnya. Aduhai...


Umur pun dah 35 tahun. Pengakhiran umur yang subur bak kata orang-orang medik ni. Rancanganya kalau nak tambah kalau boleh nak lagi 2 orang, jadinya umur 38 kot yang last sekali so boleh ker. Itu pun kalau mengandung yang ke 3 tahun depan. Kalau nak tunggu selesa sikit mingkin lagi 2-3 tahun baru nak mengandung semula. Jadi umur untuk yang ke4 dah 39 atau 40 tahun. Isk..isk.

Hati ni teringin tapi dengan semua tu mampu ke? Ya Allah aku serahkan pada Mu untuk tentukannya. Tapi Insyaallah nanti nak kena juga belajar kat kak Jee. Bukan apa kalau tak kita, mungkin untuk anak nanti :)

Jumaat, 10 Februari 2012

Aloha warga Melaka, Negeri Sembilan dan Subang Jaya


Salam pengenalan buat semua warga Melaka, Negeri Sembilan dan Subang Jaya (dan sekitarnya).

Alhamdulillah...Sos Char Kueyteow 2 Puteri kini menemui anda yang tinggal di kawasan yang sekitar dengannya. Kini anda teman-teman semua boleh memiliki Sos Char Kueyteow 2 Puteri yang boleh didapati di Mydin Hypermarket Subang Jaya, Mydin Hypermarket Era Square, Terminal 2 Seremban dan Mydin Hypermarket MITC Melaka.

Buat yang berminat untuk merasai sendiri Char Kueyteow Penang dengan sepuasnya, inilah masanya dengan mendapatkannya di cawangan Mydin berkenaan. Harganya yang berpatutan amat berbaloi untuk teman-teman semua mendapatkannya. Resepi turut disertakan pada label botol untuk memudahkan semua dalam menyediakannya hidangan ini. 

Mydin Hypermarket Terminal 2, Seremban

Buat suri rumah usah risau kerana selain daripada char kueyteow, Sos Char Kueyteow 2 Puteri ini juga boleh digunakan untuk memasak lain-lain hidangan seperti bihun goreng, mee goreng, nasi goreng, kueyteow goreng, sambal tumis, sayur masak kicap, pasta goreng, ayam masak merah dan lain-lain hidangan. Apa yang pasti olah sahaja mengikut kebijaksanaan teman-teman ya. Memang berbaloilah.

Salam dari 2 Puteri :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...