Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sabtu, 7 Julai 2012

Kek Chocolate Tanpa Telur. Ok Kot Untuk Diet ;)


Salam sayang semua.


Baru-baru ni saya buat satu lagi kek coklat yang saya ambik kat dapur rakan blogger. Ambilnya dah lama dah. Buat pun dah berkali-kali dah. Memang sedap kek ni. Moist sangat. Dan paling penting secukup rasa :)



Kat rumah ni kek coklat memang laku sangat. Tambah-tambah kalau moist sesangat macam kek ni. Mungkin sebab dari budak-budak hingga ke bapak budak sumer suka coklat kot. Jadi memang kalau ada senarai kek yang perlu dibuat, kek coklat ler yang terkedepankan dulu hehe.


Buat kek ni pun dah banyak kali. Kononnya sebab tak der telur sihat ler sikit heheh. Tapi nak menengahkan resepi tu kat sini yang lambat sikit. Bukan apa rasa bersalah gak sebab kang kot kongsi resepi nak kena cantikkan dengan gambar. Tapi sendiri punya gambar tak der sebab kamera dah lama rosak masuk virus. So Mr Hb tak izinkan downloadkan gambar lagi dah. Jadi kena pulak cari melalui pok cik googles. Harap-harap sahabat yang saya ambil gambar diarang tu halalkan yer. Bukan nak mengaku sendiri punya cuma nak cantikkan je yer. Lagi pun saya tak edit apa-apa gambar sebab memang tujuan nak bagi cantik je. Segala resepi yang saya kongsi kat sini adalah resepi yang confirm saya buat dan menjadi. Kalau tak saya tak kongsikan sebab takut gak kang apa nak jawab kalau tak tahukan. Lagipun tak bagus ler kalau macam tu....


Ok lah jom tengok resepi pulak kay...


KEK CHOCOLATE TANPA TELUR


(Guna loyang 9x5 inci yer)


Bahan A
  • 300ml (1 1/4 cawan) susu segar
  • 180g (3/4 cawan) gula
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu kecil instant coffee - guna nescafe tu yer

Bahan B
  •   180ml (1 cawan) minyak jagung/minyak sayur

Bahan C *  perlu diayak bersama
  •   200g (1 1/2 cawan + 2 sudu besar) tepung gandum
  • 40g (5 sudu besar rata) serbuk koko
  • 1/2 sudu besar soda bicarbonate
  • 1/2 sudu besar baking powder

Caranya

1. Masak bahan A hingga gula larut. Sejukkan.

2. Masukkan bahan B ke dalam adunan A dan gaul rata. ALihkan ke dalam mangkuk yang besar.

3. Masukkan adunan C ke dalam campuan A dan B dan gaul hingga sebati dengan hand whisk je.

4. Tuang adunan ke dalam loyang yang dialas dan digris. Bakar sehingga masak pada suhu 160C selama 40-45 minit.


Nak sedap lagi masa makan kek ni boleh ler di letakkan chocolate fudge topping dan chocolate ganache. Resepi Chocolate Fudge Topping ni ada 2 cara. Satu boleh lihat kat Chocolate Fudge Topping 1 dan satu lagi leh tengok kat Chocolate Fudge Topping 2. Kalau nak try resepi Chocolate Fudge Topping 3 pun ok gak. Boleh gak guna resepi Chocolate Ganache untuk toppingnya atau kot nak letak kat tengah-tengah kek yang telah dipotong 2 jika nak buat double layer kek tu.



2 ulasan:

  1. boleh hias guna fondant tak kek ni??

    BalasPadam
  2. Yaya... Hias dengan foundant yer. Isk tak pernah le pulak try. Cik foundant memang saya tak pernah sentuh. Takut heheh. Rasanya boleh saja sebab kek ni macam kek-kek yang lain gak tak le lembut membut atau moist basah sangat. Kot Yaya buat nanti sudi2 le kirim news boleh ke idak :0

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...